Malaysia Oversight

PRN Sabah jadi ‘wake up call’, ramai ahli Umno tak mengundi

By MkiniBM in January 16, 2026 – Reading time 1 minute
PRN Sabah jadi 'wake up call', ramai ahli Umno tak mengundi


Setiausaha Agung , Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pilihan Raya Negeri Sabah menjadi satu ‘wake up call’ apabila ramai daripada ahli parti itu tidak keluar mengundi.

Menurutnya, memasuki gelanggang dengan keyakinan memiliki lebih 622,637 ahli, tetapi undi yang diterima di Sabah hanyalah 144,584 undi.

“Pengajarannya, ahli bukan semestinya pengundi dan pengundi tidak semestinya kekal bersama kita.

“Sejarah politik Sabah mencatat tiga ‘Exodus’ gelombang penghijrahan besar-besar, pada 2016 dengan penubuhan Parti Warisan, pada 2018 apabila sebahagian pimpinan menyertai PPBM, dan pada 2023 apabila sebahagian lagi berhijrah ke GRS.

“Setiap gelombang ini telah menghakis kekuatan , memotong satu demi satu, urat nadi perjuangan Umno Sabah,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini

Kata Asyraf, trend penurunan ini bukan terhad kepada Sabah.

Dalam tiga Pilihan Raya Umum yang lalu iaitu PRU13, PRU14 dan PRU15, pola yang sama berulang.

“Maka menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka, Johor dan seterusnya PRU16, kita wajib bertanya dengan jujur:

“Adakah pertambahan 46,655 ahli pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhannya 3.525 juta, sudah cukup untuk menjamin kemenangan? Statistik di banyak negeri menunjukkan jurang yang ketara antara jumlah ahli dan jumlah undi yang diterima,” katanya.

[Berita penuh menyusul]



Source link