Malaysia Oversight

PRN Sabah: BN terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

By MkiniBM in May 26, 2025 – Reading time 1 minute
PRN Sabah: BN terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti


Barisan Nasional () terbuka untuk berbincang dan menjalin kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

terus mengadakan siri perbincangan dan saya ingin sahkan bahawa proses perbincangan kita telah pun dimulakan dan proses itu akan berterusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Karisma Pemimpin Muda Madani 2025 di hari ini.

Zambry berkata turut mengambil kira gabungan BN dan PH sendiri mempunyai komponen parti dari Sabah dan oleh itu memerlukan pendekatan menyeluruh bagi memastikan kestabilan dan kekuatan gabungan.

Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata rundingan awal antara BN dan PH bagi agihan kerusi telah dimulakan dan akan dimuktamadkan selepas pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Timbalan Presiden pada Kongres Nasional Tahunan 2024/2025, pada Sabtu lepas menuntut supaya diberikan sekurang-kurangnya 13 kerusi untuk bertanding pada PRN Sabah.

– Bernama



Source link