Malaysia Oversight

‘PRN Sabah akan satukan saf PKR lepas pemilihan panas’

By MkiniBM in May 26, 2025 – Reading time 1 minute
'PRN Sabah akan satukan saf PKR lepas pemilihan panas'


Tumpuan penuh kini perlu diarahkan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas pemilihan pimpinan pusat berakhir pada Jumaat lepas.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi adalah masa terbaik untuk menyatukan semula saf perjuangan , usai pemilihan barisan kepimpinan baru parti bagi sesi 2025-2028 yang pastinya meninggalkan pelbagai emosi dan cabaran kepada para calon, perwakilan dan ahli.

Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata PRN Sabah juga akan menjadi ujian sebenar kepada kekuatan organisasi, kematangan politik dan kesatuan parti itu sebagai satu pasukan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak menilai siapa yang memegang jawatan tetapi siapa yang benar-benar boleh menyentuh keperluan hidup mereka.

eeb0c36aa7ef8b6c3d171f21c5503a97
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah Mustapha Sakmud.

“Setiap anggota parti tidak boleh lagi terperangkap dalam garis pemisah pascapemilihan sebaliknya barisan yang bersatu hati, fokus kepada tanggungjawab bersama dan bersedia menggalas amanah rakyat,” katanya menerusi kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Mustapha percaya PKR akan kekal konsisten menjadi sebuah parti yang menghargai pengalaman dan kesetiaan ahlinya yang telah lama menabur bakti, dan pada masa sama membuka ruang kepada suara serta tenaga baharu yang ingin menyumbang.

“Saya percaya kekuatan parti ini tidak terletak pada siapa yang memegang jawatan tetapi pada semangat juang yang tidak pernah padam dan keyakinan bahawa politik mesti terus dibersihkan, dimanusiakan dan dipandu oleh nilai,” katanya.

Bernama



Source link