Malaysia Oversight

PRK Ayer Kuning: BN menang 19 PDM, PN cuma satu

By MkiniBM in April 27, 2025 – Reading time 2 minute
PRK Ayer Kuning: BN menang 19 PDM, PN cuma satu


Kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning membuktikan bahawa formula Madani berjaya menambat dan memenangi hati rakyat.

Jurucakap Madani Datuk Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata jumlah majoriti dimenangi calon Barisan Nasional () Dr Mohamad Yusri Bakir juga meningkat, sementara undi yang diterima oleh lawannya dari Perikatan Nasional (PN), merosot.

“Daripada 20 pusat daerah mengundi, sebanyak 19 telah dimenangi oleh Madani. Ini satu petanda positif, namun kita tidak boleh leka… banyak yang perlu kita usahakan untuk memastikan kemenangan ini dapat diperkukuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Nadi Sim Sim, di Sandakan hari ini.

313d25b09ecec3081a036bbca984a9d9

Turut hadir, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee, Ahli Dewan Undangan Negeri () Tanjong Papat Datuk Frankie Poon, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Anggota Suruhanjaya bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Jen (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.

Dalam pada itu, beliau berkata kaedah kempen sihat yang digunakan menjadi faktor pengundi di Ayer Kuning memilih Kerajaan Madani dan menolak pihak lawan yang memilih topik yang tidak relevan dengan penduduk setempat.


BACA BERKAITAN:

‘Majoriti susut’ di Ayer Kuning amaran pada BN – Pemuda PAS


berkata rakyat juga menolak kempen yang bersifat perkauman yang memecahbelahkan.

“Kita lihat, senang cakap, ini adalah penolakan terhadap politik berbaur perkauman. Rakyat Malaysia akan menolak perkara seperti ini, khususnya di Ayer Kuning. Mereka tidak boleh menerima dan mereka memilih perpaduan, serta menentang perpecahan,” katanya.

5f8ba23dd23c41fca7ca00e0a48c6e32

Mohamad Yusri, yang juga merupakan Setiausaha Bahagian Tapah, memenangi PRK DUN Ayer Kuning dengan majoriti 5,006 undi setelah meraih 11,065 undi, menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada PN (6,059 undi) dan calon Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS (1,106 undi).

Keputusan tersebut mengekalkan DUN Ayer Kuning sebagai kubu kuat yang telah dikuasai parti itu sejak 1986.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas

– Bernama



Source link