Malaysia Oversight

PRISM+ Perkenalkan Pelan Langganan Servis Penyaman Udara Serendah RM79

By Amanz in August 29, 2025 – Reading time 1 minute
PRISM+ Perkenalkan Pelan Langganan Servis Penyaman Udara Serendah RM79


PRISM+ kini memperkenalkan pelan langganan servis penyaman udara PRISM+ Care untuk pasaran Malaysia. Dengan harga bermula RM79 setiap suku tahun, pelanggan boleh menikmati cucian FoamJet, isian gas percuma dan cucian kimia berkala. Servis ini direka untuk memanjangkan jangka hayat serta mengurangkan kos penyelenggaraan.

Luna Classic 1

PRISM+ Care menawarkan tiga pilihan langganan untuk penyelenggaraan penyaman udara. Pelanggan boleh memilih bayaran suku tahunan RM79 seunit, bayaran tahunan RM375 (RM75 seunit) atau bayaran awal jangka panjang bermula RM552 (RM69 seunit) bagi tempoh antara 2 hingga 7 tahun. Setiap pelan disediakan untuk memastikan servis berkala dengan penjimatan sepenuhnya.

PRISM Care 1

Pelanggan yang membeli penyaman udara PRISM+ boleh terus melanggan PRISM+ Care semasa pembelian. Buat masa ini, servis ditawarkan di Lembah Klang dan dijadualkan diperluas ke Johor serta Pulau Pinang bermula suku keempat 2025.



Source link