Malaysia Oversight

Prime Video Kini Boleh Diakses Menerusi Astro Ultra dan Ulti Box

By Amanz in April 24, 2025 – Reading time 1 minute
Prime Video Kini Boleh Diakses Menerusi Astro Ultra dan Ulti Box


Penstriman

Prime Video Kini Boleh Diakses Menerusi Astro Ultra dan Ulti Box

April 24, 2025

Effi Saharudin

Perkhidmatan penstriman Prime Video kini akhirnya boleh diakses menerusi kotak TV Astro Ultra Box dan Astro Ulti. Ini menjadikannya sebuah lagi perkhidmatan yang boleh diakses secara setempat selepas sebelum ini Astro menyertakan kemampuan menggunakan Netflix, Disney+ Hotstar , WeTV, Viu, iQiyi, beIN Sport dan banyak lagi.

Astro Ultra Ulti Box Prime Video

Semua pelanggan Ultra dan Ulti Box boleh mengakses Prime Video secara percuma selama dua bulan bermula hari ini sehingga 23 Jun 2025. Jika mereka sudahpun mempunyai langganan Prime Video, aplikasi boleh diakses menerusi tetapan Apps dalam kotak TV dan mereka boleh melakukan log masuk akaun dengan mengikuti langkah yang dipaparkan di skrin.

Pelanggan Astro juga boleh mengurus dan mengubah langganan mereka pada bila-bila masa menerusi aplikasi My Astro, termasuk mengemaskini pek, menukar penambahan dan servis penstriman atau memilih penambahan lain pada bila-bila masa.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link