Presiden Xi Cadang Pertubuhan Global AI Ditubuhkan
Effi Saharudin
Presiden China, Xi Jinping mencadangkan Pertubuhan Kerjasama Kecerdasan Buatan Sedunia bagi mentadbir kecerdasan buatan (AI) dan menggalakkan kerjasama antarabangsa untuk kebaikan masyarakat antarabangsa.

Pertubuhan ini dilihat sebagai usaha China yang ingin menjadi alternatif kepada Amerika Syarikat dalam kerjasama perdagangan dan pembangunan ekonomi dengan ia berpangkalan di Shanghai. Di persidangan APEC minggu ini, Preside Xi juga menyeru APEC menyokong peredaran bebas teknologi hijau seperti bateri dan panel solar.
Tidak seperti China, Amerika Syarikat tidak berminat untuk mengawal perkembangan teknologi AI walaupun terdapat seruan daripada pakar supaya ia diperlahankan sehingga kita mengetahui risikonya terhadap peradaban manusia. Antara kerisauan jangka pendek ialah AI mengambil kerja manusia sehingga menimbulkan isu sosioekonomi. Kerisauan jangka panjang pula ialah AI mungkin boleh menyebabkan kepupusan manusia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






