Malaysia Oversight

Presiden Honda turun Perlis, jumpa Dr Maza isu servis kereta

By MkiniBM in August 11, 2025 – Reading time 2 minute
Presiden Honda turun Perlis, jumpa Dr Maza isu servis kereta


Presiden Honda, Sarly Adle Sarkum bersama kepimpinan Honda Malaysia dari ibu pejabat hadir ke kediaman Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Perlis pagi ini bagi membincangkan isu kerosakan kereta rasmi yang diadukannya sebelum ini.

“Alhamdulillah, saling memahami situasi.

“Saya mengucapkan terima kasih atas ‘good will’ dan kerjasama kepimpinan Honda.

“Dengan kunjungan Honda hari ini, diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan lebih baik, sekaligus memastikan kepuasan pelanggan dijaga,” kata Asri pada catatan di Facebook hari ini.

9cb097b29b3921728c428a399bfaad3d

Asri turut memuji sikap profesional Honda yang sanggup turun ke Perlis untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pada 4 Ogos lalu, Asri meluahkan rasa kecewa di Facebook apabila kereta rasmi Honda Accord milik negeri yang digunakannya rosak di lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang dari Bertam ke Perlis.

Dia turut berkata banyak kereta Honda milik negeri menghadapi masalah serupa dan aduan pengguna sedang dikumpulkan.

“Ini sebagai iktibar kepada pengguna dan bakal pembeli kereta,” katanya sambil menegaskan ini bukan kali pertama kereta tersebut mengalami masalah.

eb995b9828a2b72a2db97a2e6f697931

Lebih mengejutkan, pada 6 Ogos, Asri mendedahkan pusat servis Honda sebelum ini enggan membaiki keretanya sehingga dia membuat hantaran aduan terbuka di media sosial.

“Pegawai saya dimaklumkan bahawa pusat servis Honda keberatan untuk membaiki kereta saya sehingga saya menurunkan status yang mempersoalkan kualiti Honda,” katanya.

Jelasnya perbualan tersebut telah dirakam dan menyifatkan tindakan Honda sebagai tidak profesional memandangkan perkhidmatan servis sebelum ini dikenakan bayaran penuh.

Setakat ini, Honda Malaysia belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pertemuan tersebut atau mengenai aduan Dr Maza.



Source link