Malaysia Oversight

Presiden Colombia cadang simbol kebebasan Patung Liberty dipindah dari AS

By MkiniBM in July 17, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Presiden Colombia Gustavo Petro mencadangkan agar Patung Liberty dipindahkan dari Pelabuhan New York ke bandar pelabuhan Cartagena, ketika beliau mengkritik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald berhubung dasar imigresen beliau.

“Marilah kita mencapai persetujuan mengenai kebebasan dan demokrasi! Jika tidak, kita harus memindahkan Patung Liberty dari New York ke Cartagena,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Petro menjelaskan pemilihan Cartagena kerana ia merupakan lokasi bekas hamba kulit hitam mengasaskan bandar bebas pertama, San Basilio de Palenque. Beliau menuduh Amerika Syarikat melayan rakyat Colombia yang dihantar pulang seperti hamba.

Presiden itu menyifatkan kemudahan tahanan imigresen di Florida yang dikenali sebagai Alligator Alcatraz sebagai “jenayah terhadap kemanusiaan.”

Pada 13 Julai, NBC News melaporkan bahawa penggubal undang-undang Demokrat yang telah melawat pusat tahanan itu mengkritik keadaannya, menyifatkan kemudahan itu sebagai sesak, dipenuhi pepijat dan tidak bersih. Pusat tahanan itu dibuka pada awal Julai, dan majlis perasmiannya dihadiri oleh Presiden Donald . Pihak berkuasa menyatakan bahawa kemudahan itu akan menempatkan kira-kira 3,000 tahanan.

Bernama-Sputnik/Ria Novosti



Source link