Malaysia Oversight

Predator Helios 7000 Dan Acer Nitro 70 Dikemaskini Dengan Komponen AMD, Intel Dan NVIDIA Terbaru

By Amanz in September 4, 2025 – Reading time 2 minute
Predator Helios 7000 Dan Acer Nitro 70 Dikemaskini Dengan Komponen AMD, Intel Dan NVIDIA Terbaru


Predator Helios 7000 Dan Acer Nitro 70 Dikemaskini Dengan Komponen AMD, Intel Dan NVIDIA Terbaru

September 4, 2025
Acer

Nazrin

Di acara Next@Acer di Berlin, Acer telah mengemaskini penawaran komponen pada dua buah komputer gaming desktop mereka, iaitu Predator Orion 7000 dan Acer Nitro 70 dengan komponen-komponen paling berkuasa oleh AMD, Intel dan NVIDIA, menjadikan kedua-dua komputer gaming desktop ini sebagai dua diantara komputer gaming paling berkuasa di pasaran tidak lama lagi.

batch P 20250903 120353

Bermula dengan Predator Orion 7000, komputer gaming desktop ini dilihat hadir dengan gabungan komponen CPU Intel dan juga kad grafik NVIDIA, yang memperlihatkan penggunaan cip Intel Core Ultra 9 285K dengan penawaran kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 5090, kad grafik paling berkuasa di pasaran sekarang.

batch P 20250903 120006

Komponen-komponen ini digandingkan dengan penawaran memori DDR5 sehingga 128GB bersama-sama storan SSD PCIe 4.0 sebanyak 6TB dan juga storan cakera keras sebanyak 4TB untuk storan tambahan.

batch P 20250903 120410

Dari segi sambungan I/O, komputer desktop ini memperlihatkan sokongan untuk palam Thunderbolt 4 dan juga sambungan internet nirwayar WiFi 7 untuk kadar penghantaran data yang terpantas di pasaran sekarang.

Beralih kepada Acer Nitro 70 pula, komputer desktop gaming ini memperlihatkan gabungan AMD dan NVIDIA pula, dimana ia dikuasakan oleh pilihan CPU sehingga AMD Ryzen 9 9950X3D dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 yang sama seperti pada Predator Orion 7000.

batch P 20250903 115048

Dari segi spesifikasi komponen lain, ia juga dilengkapi dengan memori DDR5 sebanyak 128GB, manakala dari segi storan pula ia hadir dengan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 2TB, dan sama seperti model Predator Orion, hadir dengan sokongan untuk palam USB4 dan WiFi 7.

batch P 20250903 115102

Menariknya, kedua-dua komputer desktop ini juga hadir dengan sistem penyejukan CPU yang sama, iaitu Predator CycloneX 360 dan Acer Nitro CycloneX 360, yang merupakan sebuah penyejuk CPU cecair yang tampil dengan radiator bersaiz 360mm dengan tiga kipas penyejuk terbina.

Acer mengumumkan bahawa Predator Orion 7000 akan diperkenalkan pada awal 2026 kelak pada harga permulaan 3099 Euro, manakala Acer Nitro 70 pula akan diperkenalkan pada bulan Disember kelak pada harga permulaan 1999 Euro.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link