Malaysia Oversight

Pratempahan Ricoh GR IV Kini Dibuka Di Malaysia Pada Harga RM5,999

By Amanz in September 2, 2025 – Reading time 1 minute
Pratempahan Ricoh GR IV Kini Dibuka Di Malaysia Pada Harga RM5,999


Pratempahan Ricoh GR IV Kini Dibuka Di Malaysia Pada Harga RM5,999

September 2, 2025
Fotografi

Amy Maizuraa

Ricoh GR IV kini dibuka untuk pratempahan di Malaysia pada harga RM5,999 melalui pengedar rasmi. Pelanggan yang membuat tempahan awal dari 2 hingga 11 September akan menerima Ring Cap edisi eksklusif khas untuk keluaran pertama.

541166859 18032786483702197 5459271143557967018 n

Ricoh GR IV menggunakan sensor APS-C 25.7MP BSI CMOS dan lensa tetap 28mm f/2.8 yang sesuai untuk kegunaan harian dan fotografi jalanan. Ia dilengkapi sistem auto fokus hibrid dan penstabilan imej 5-paksi bagi memastikan gambar kekal tajam. Kamera ini juga menawarkan storan terbina 53GB serta slot kad microSD untuk simpanan tambahan.

Pratempahan Ricoh GR IV 2 edited

Ricoh GR IV menyokong rakaman gambar dalam format RAW dan JPEG, manakala rakaman video boleh dilakukan dalam resolusi 1080P/60FPS. Ia dilengkapi dengan skrin sentuh LCD 3 inci yang menggunakan kaca tahan calar dan menawarkan sudut pandang yang luas.

Sambungan Wi-Fi dan Bluetooth 5.3 turut memudahkan pemindahan fail serta kawalan kamera dari jauh. Selain itu, kamera juga boleh digunakan sebagai webcam melalui sambungan USB-C yang menyokong DisplayPort.

Pratempahan Ricoh GR IV 3 edited

Ricoh GR IV mampu merakam sekitar 250 gambar dan memainkan semula video 240 minit dengan bateri penuh. Dengan berat hanya 262 gram termasuk bateri dan kad memori, kamera ini sesuai untuk mereka yang inginkan imeh berkualiti tinggi dalam reka bentuk yang mudah dibawa.

Instagram

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.





Source link