Malaysia Oversight

Pratempahan Microsoft Surface Pro dan Surface Laptop Dibuka Bermula RM6,999

By Amanz in July 9, 2026 – Reading time 2 minute
Microsoft Surface Pro dan Surface Laptop Dengan Cip Snapdragon X2 Dilancarkan


Microsoft telah melancarkan komputer riba dan tablet Microsoft Surface Pro dan Microsoft Surface Laptop bulan lalu dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon X2 Plus dan X2 Elite. Pratempahan untuk tiga model Surface ini telah dibuka semalam 8 Julai dengan jualan terbuka akan bermula 23 Julai.

Microsoft Surface Pro 13 inch 2026

Surface Pro (13”) dilengkapi skrin 13″ sesentuh OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan pilihan cip sehingga Snapdragon X2 Elite, memori sehingga 64GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri yang boleh bertahan sehingga hampir 16 jam dengan sekali caj.

Komputer tablet ini mempunyai papan kekunci Surface Pro Flex Keyboard yang boleh ditanggalkan. Kamera web di hadapan pula menyokong resolusi 1440p dan terdapat juga tongkat di bahagian belakang.

Microsoft Surface Laptop 13 2026

Surface Laptop pula ditawarkan dengan skrin 13.8” atau 15” LCD serta pilihan cip sehingga Snaopdragon X2 Elite. Ini dipadankan dengan memori sehingga 64GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri sehingga 20 jam bergantung kepada model. Satu lagi perbezaan ialah model 13.8″ menyokong pengecasan 39W manakalan model 15″ menyokong 65W yang lebih pantas.

Harga jualan Surface Pro adalah seperti di bawah dalam warna Platinum, Black, dan Dune. Harga jualan Surface Laptop pula adalah juga seperti di bawah dalam warna Platinum, Black, Dune dan Jade.

Surface Pro 13

Pemproses RAM Storan Warna Harga (RM)
Snapdragon X2 Plus 16GB 256GB SSD Platinum 6,999
512GB SSD Black & Platinum  7,399
Snapdragon X2 Elite 16GB 512GB SSD Black & Platinum  7,899
1TB SSD Black 9,199
32GB 1TB SSD Platinum 11,799

Surface Laptop 13.8

Pemproses RAM Storan Warna Harga (RM)
Snapdragon X2 Plus 16GB 512GB SSD Black, Platinum & Jade* 7,399
Snapdragon X2 Elite 16GB 512GB SSD Black, Platinum & Jade* 7,499
1TB SSD Black 8,799
32GB 1TB SSD Black 11,399

*warna Jade hanya dijual oleh Harvey Norman Malaysia

Surface Laptop 15-inch

Pemproses RAM Storan Warna Harga (RM)
Snapdragon X2 Plus 16GB 512GB SSD Platinum 7,799
Snapdragon X2 Elite 16GB16GB 512GB SSD Black 7,899
1TB SSD Black 9,499
32GB 1TB SSD Black 12,199



Source link