Malaysia Oversight

Prabowo tangguh lawatan ke China, pantau demo di Indonesia

By MkiniBM in August 31, 2025 – Reading time 2 minute
Prabowo tangguh lawatan ke China, pantau demo di Indonesia


Presiden Indonesia Prabowo Subianto menangguhkan lawatan ke untuk memantau perkembangan siri demonstrasi yang telah merebak ke beberapa wilayah negara itu.

Setiausaha Negara Prasetyo Hadi berkata Prabowo juga memohon maaf kepada kerana tidak dapat menghadiri undangan itu.

“Presiden ingin memantau perkembangan secara langsung di tanah air dan memimpin usaha mencari penyelesaian terbaik,” kata Setiausaha Negara Prasetyo Hadi dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Prabowo dijadualkan menghadiri perarakan tentera di Beijing pada 3 September dan berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 23 September.

2089aa36e225c2cd7e5a9537be40a46c

Penangguhan lawatan dibuat berikutan siri demonstrasi yang bermula Isnin lepas di Jakarta Pusat, berikutan bantahan masyarakat terhadap elaun tinggi wakil rakyat.

Keadaan menjadi tegang apabila seorang pengendali teksi motosikal dalam talian dilanggar kenderaan taktikal polis pada Khamis ketika pihak berkuasa cuba menyuraikan tunjuk perasaan.

Protes merebak ke Surabaya, Bandung, Medan, dan Yogyakarta, manakala di Makassar, penunjuk perasaan membakar bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) menyebabkan tiga penjawat awam pada Jumaat.

Insiden menjarah menyasarkan kediaman beberapa wakil rakyat dan seorang menteri turut dilaporkan berlaku dari petang Sabtu hingga awal pagi Ahad.

Pada masa sama, Prabowo mempengerusikan mesyuarat kabinet di Bogor pada Sabtu yang dihadiri Ketua Polis Jeneral Listyo Sigit Prabowo dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Agus Subiyanto untuk menilai situasi semasa.

Dalam kenyataan bersama, Listyo dan Agus menekankan pentingnya koordinasi antara , polis, dan tentera bagi mengekalkan kestabilan serta mengekang tindakan anarkis yang melampaui batas kebebasan bersuara.

“Presiden telah mengarahkan saya dan Panglima… tentera dan polis diminta mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang,” kata Listyo.

Pada hari yang sama, 16 organisasi diketuai Pengerusi Nahdlatul Ulama, Yahya Cholil Staquf, bertemu dengan Prabowo bagi membincangkan isu-isu semasa negara secara menyeluruh.

“Kami bersepakat untuk bekerjasama mengatasi keadaan serta mengajak masyarakat supaya lebih tenang,” kata Yahya dalam kenyataan.

Bernama



Source link