Malaysia Oversight

Pos Malaysia Menggantung Perkhidmatan Pos Antarabangsa ke Amerika Syarikat

By Amanz in August 30, 2025 – Reading time 1 minute
Pos Malaysia Menggantung Perkhidmatan Pos Antarabangsa ke Amerika Syarikat



Pos Malaysia

Pos Malaysia Menggantung Perkhidmatan Pos Antarabangsa ke Amerika Syarikat

August 30, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Sejak 25 Ogos 2025, Pos Malaysia menggantung sementara semua perkhidmatan pos antarabangsa ke Amerika Syarikat sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Perkhidmatan yang terjejas termasuk:

  • Express Mail Service (EMS)
  • Parcel Udara & Permukaan Antarabangsa
  • Small Packet Antarabangsa
  • Flexipack Antarabangsa
  • Tracked Packet Antarabangsa
  • Mel Antarabangsa

Penggantungan ini berpunca daripada arahan eksekutif Amerika Syarikat yang membatalkan pengecualian “de minimis” untuk penghantaran bernilai rendah bawah $800 (~RM 3380). Ini menyebabkan keperluan kastam menjadi lebih rumit dan syarikat penerbangan tidak bersedia menerima kiriman pos di bawah peraturan baharu ini. Pelanggan yang masih ingin menghantar mel ke Amerika Syarikat boleh menggunakan perkhidmatan komersial Redly Express.

Malaysia bukan negara tunggal mula menggantung penghantaran pos ke Amerika Syarikat. Negara lain yang melakukan pengumuman sama minggu ini ialah India, Singapura, Perancis, Itali, UK, Australia, Thailanc, dan Kanada.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link