Bersempena dengan Hari Pos Sedunia, dan pelancaran platform penghantaran rentas sempadan Redly, Pos Malaysia juga telah melancarkan set setem edisi khas bersempena dengan Hari Pos Sedunia.
Set setem khas ini dilihat meraikan peranan penting perkhidmatan pos, menonjolkannya sebagai perkhidmatan berasaskan manusia yang menghubungkan komuniti, dari bandar yang sibuk hingga ke kampung terpencil.

Koleksi ini mengandungi setem berharga RM1.30, helaian mini RM5.00, sampul hari pertama dengan setem (RM1.80), sampul hari pertama dengan helaian mini (RM5.50) dan folder (RM6.00). Set folder berharga RM44.30 dan akan mula dijual pada 9 Oktober 2025 di 90 Biro Filatelik, 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara dan laman atas talian Pos Malaysia selagi stok masih ada.






