Malaysia Oversight

Politik Kandang: Analogi Orwell dan kegagalan pembangkang

By MkiniBM in July 30, 2025 – Reading time 4 minute
malaysiakini logo


Dalam novel satira klasik Animal Farm karya George Orwell — yang dalam terjemahan bebasnya boleh disebut sebagai Politik Kandang — kita diperlihatkan bagaimana seekor khinzir bernama Napoleon bangkit memimpin revolusi haiwan, kononnya untuk membebaskan diri daripada penindasan manusia. Namun, seiring masa, revolusi itu dikhianati dari dalam. Kuasa yang konon untuk membela rakan sekandang, akhirnya menjadi alat untuk menindas — kini dengan wajah baharu dan lebih licik.

Kisah ini bukan sekadar dongeng tentang haiwan di ladang. Ia adalah alegori tentang bagaimana kuasa, apabila tidak diimbangi oleh prinsip dan integriti, akan mengulang semula kezaliman dalam bentuk baharu. Dan malangnya, inilah yang semakin terserlah dalam landskap politik Malaysia hari ini — khususnya dalam pendekatan pembangkang PN yang diterajui dan Bersatu.

Mereka mendakwa memperjuangkan , Melayu dan rakyat, tetapi semakin hari, naratif itu kelihatan lebih seperti topeng — menutup politik dendam, kekeliruan hala tuju, dan ketandusan dasar sebenar. Seperti Napoleon dalam Animal Farm, mereka bukan menuntut perubahan sistem — mereka cuma mahu menggantikan wajah pemerintah, tanpa sebarang reformasi bermakna.

Masalah utama himpunan ini ialah ia tidak dibina atas asas hujah yang kukuh,

sebaliknya digerakkan oleh kemarahan politik yang tidak disalurkan dengan bijak. PN mendakwa gagal mengurus kos sara hidup, tetapi rekod mereka sendiri sewaktu mentadbir antara 2020 hingga 2022 jauh lebih buruk: ekonomi lumpuh, pelaburan

menjunam, bantuan tidak tersusun, dan kestabilan politik tergugat. Mereka menuduh kegagalan orang lain, tetapi lupa cermin sejarah sendiri.

Lebih mengejutkan, ketika Himpunan Turun Anwar berlangsung, anggota parlimen dari Jasin, Zulkifli Ismail — yang juga timbalan ketua Dewan Ulama — membacakan qunut nazilah terhadap perdana menteri. Doa ini lazimnya dibaca ketika umat menghadapi musuh luar atau musibah besar seperti perang dan bencana alam.

Namun, kali ini ia dibaca ke atas pemimpin negara sendiri — yang juga seorang Muslim, dilantik secara sah melalui proses demokrasi. Ramai yang menegur tindakan ini,

termasuk menteri agama yang menyifatkannya sebagai tidak beradab dan menyimpang daripada semangat syariah.

Agama bukan alat membalas dendam politik. Qunut nazilah bukan senjata peribadi untuk menjatuhkan lawan. Bila agama digunakan sebegini, ia bukan lagi satu ibadah, tetapi senjata manipulasi — sama seperti dalam Animal Farm, apabila prinsip dan ajaran mulia diputar belit demi mengekalkan kuasa. Ini bukan semangat politik . Ini politik menunggang agama.

Masalah sebenar PN bukan pada retorik semata, tetapi pada ketiadaan isi. Ia adalah pembangkang tanpa pelan, tanpa idea, tanpa cita-cita kebangsaan. Yang mereka mahu, ialah kuasa pemerintahan semata-mata. Apa yang ditawarkan bukan dasar ekonomi yang kukuh, bukan visi pendidikan atau kesejahteraan rakyat — sebaliknya, hanya retorik perkauman, slogan keagamaan, dan serangan peribadi.

Sebagai contoh, dalam isu pendidikan, mereka tidak menyatakan pendirian tentang reformasi silibus atau pembaikan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Dalam isu ekonomi, tiada cadangan jelas tentang subsidi bersasar atau strategi pelaburan. Yang ada hanyalah populisme murahan.

Selepas pandemik Covid-19 dan dalam era ketidaktentuan global, rakyat mahu pembangkang yang berfungsi — bukan yang hanya tahu menjerit “Tukar PM!”.

Malangnya, PN hari ini lebih menyerupai watak Squealer dalam Animal Farm — penyebar propaganda yang celopar, penuh janji tetapi kosong makna.

“Semua haiwan sama rata, tapi sesetengah lebih sama rata.”

Salah satu ayat paling sinis dalam Animal Farm muncul apabila peraturan ladang diubah diam-diam:

“All animals are equal, but some animals are more equal than others.”

Beginilah juga politik PN. Mereka melaungkan keadilan dan integriti, tetapi amalkan pilih kasih. Mereka menjerit kononnya menentang rasuah, tetapi senyap apabila pemimpin sendiri disiasat atas salah guna kuasa dan dana parti. Mereka menuduh menindas, tetapi ketika berkuasa, merekalah yang paling menekan media, memperalat institusi dan mengabaikan reformasi.

Mereka mendakwa berjuang untuk rakyat, tetapi agenda mereka hanya untuk kelompok sendiri.

Perlu pembangkang, tapi bukan seperti ini

Malaysia memerlukan pembangkang — tetapi bukan pembangkang seperti PN. Demokrasi yang sihat menuntut suara kritikal yang membangun, bukan sekadar meruntuh. Kita perlukan pemimpin pembangkang yang menawarkan dasar, visi dan penyelesaian — bukan sentimen kebencian, manipulasi agama, atau dendam politik.

Rakyat Malaysia harus membuka mata dan keluar dari kitaran politik kandang — bahawa kuasa bukan alat untuk membina, tetapi senjata untuk menindas. Seperti dalam Animal Farm, revolusi tanpa nilai hanya akan melahirkan diktator baharu — dengan wajah berbeza, tetapi niat yang sama.

Politik tanpa prinsip akan sentiasa kembali ke titik asal: penindasan dan kepalsuan.

Jika kita benar-benar mahu Malaysia maju, kita harus menuntut bukan sahaja yang cekap, tetapi juga pembangkang yang matang, berintegriti dan bertanggungjawab.

Nota: Artikel ini bukan penolakan terhadap peranan pembangkang, tetapi satu seruan supaya ia dijalankan dengan amanah. Politik bukan gelanggang haiwan, dan rakyat bukan lagi ternakan yang boleh ditipu dengan slogan.


FAKHARUDDIN MOSLIM adalah ketua cabang Tenggara.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link