Malaysia Oversight

Polis temukan beberapa petunjuk positif

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 1 minute
Polis temukan beberapa petunjuk positif


Polis menemukan beberapa petunjuk positf bagi mengesan suspek terlibat dengan kes serangan terhadap anak lelaki anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di , Rabu lepas.

Ketua Polis Shazeli Kahar berkata petunjuk berkenaan diperoleh hasil penelitian dan semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan terbabit.

“Terdapat petunjuk pada rakaman CCTV namun tidak sepenuhnya pada waktu ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dia berkata setakat ini 14 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.

Pada masa sama, Shazeli berkata pihaknya turut menjalankan siasatan berhubung mesej ugutan yang diterima isteri Rafizi berkait insiden terbabit dan mengesahkan kali pertama isteri bekas Menteri Ekonomi itu menerima mesej terbabit melalui aplikasi WhatsApp.

Laporan berhubung ugutan itu juga sudah dibuat oleh isteri Rafizi dan siasatan sedang dijalankan dengan bantuan agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesan pihak bertanggungjawab.

Rabu lepas, media melaporkan polis mengesahkan anak bekas timbalan presiden itu diserang dalam kejadian kira-kira dua petang, di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang, sebuah pusat beli-belah di .

Rafizi mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam serta bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal dengan seorang daripadanya telah telah bertindak mengheret anaknya sebelum mencucuk sesuatu dengan menggunakan jarum suntikan.

-Bernama



Source link