Malaysia Oversight

Polis tahan lelaki pukul anjing guna batang besi hingga mati

By MkiniBM in September 29, 2025 – Reading time 1 minute
Polis tahan lelaki pukul anjing guna batang besi hingga mati


Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul seekor anjing menggunakan batang besi sehingga mati di sebuah rumah di Taman Arkid, dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penahanan itu susulan tular video berdurasi satu minit 31 saat yang dimuat naik di laman Instagram Malaysian Animal Organization.

4675fb7f4e6322a4211bc542227b311a

Abang Zainal Abidin berkata hasil semakan mendapati satu laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat pada 19 Sept lepas di Balai Polis Menglembu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 berhubung tindakan suspek memukul anjing sehingga mati.

“Suspek telah ditangkap dan kini telah dilepaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

9a56e4e79868cf5e2003f9affad5586c

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menularkan semula sebarang video atau kenyataan berkaitan kes kerana boleh menimbulkan kegusaran awam.

“Sebarang maklumat mengenai salah laku atau penganiayaan terhadap haiwan boleh disalurkan kepada pihak polis atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk tindakan lanjut,” katanya.

– Bernama



Source link