Malaysia Oversight

Polis tahan aktivis politik terkait kes sebat patung ‘Anwar’

By MkiniBM in July 29, 2025 – Reading time 2 minute
Polis tahan aktivis politik terkait kes sebat patung 'Anwar'


Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan menahan dua aktivis politik terkait himpunan Turun yang berlangsung Sabtu lalu dan melibatkan aksi menyebat patung berwajah Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata dua individu terbabit masing-masing berusia 21 tahun dan 47 tahun.

“PDRM mengesahkan sedang menjalankan siasatan berkaitan perserta himpunan yang membawa dan menyebat patung mirip .

“Insiden berlaku semasa himpunan Turun Anwar pada 26 Julai yang lalu.

“Perbuatan tersebut telah dirakam dan telah dimuat naik dalam media sosial oleh pihak-pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

b01ad382549365fc8a68b1ee14216195
Mohd Khalid Ismail

Terdahulu, Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin dilaporkan ditahan polis di kediamannya, didakwa berkaitan dengan perhimpunan berkenaan.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata pihaknya dimaklumkan pada jam 2.30 petang tadi.

Rafique turut mengecam tindakan polis dengan menganggap ia tidak perlu kerana Badrul Hisham – atau juga dikenali sebagai Chegubard – sudah menetapkan janji temu untuk bertemu pegawai penyiasat yang bertanggungjawab ke atas kesnya di Bukit Aman esok.

“Semalam kami menerima pengesahan laporan polis telah dibuat terhadap Chegubard berhubung himpunan Turun Anwar pada Sabtu.

“Kertas siasatan dibuka atas dakwaan kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (tingkah laku menghina), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (menghina dengan sengaja dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan,” katanya.

Mohd Khalid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“PDRM menasihati orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakannya sebagai alat berkecenderumgan menghasut sehingga boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menjejaskan ketenteraman awam,” katanya lagi.



Source link