Malaysia Oversight

Polis siasat video tular libatkan Facebook Akmal

By MkiniBM in August 15, 2025 – Reading time 1 minute
Polis siasat video tular libatkan Facebook Akmal


Polis kini menjalankan siasatan berhubung satu video tular melalui platform Facebook atas nama Akmal Saleh yang dikatakan mengeluarkan kenyataan boleh dikategorikan sebagai hate content.

Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata dalam pautan video itu, Akmal dikatakan mengeluarkan kenyataan yang dipercayai boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat dan menggugat ketenteraman awam.

“Pada 12 Ogos lepas, pihak polis menerima satu laporan yang dibuat di Bukit Mertajam dekat sini berkaitan pautan video yang ditularkan tersebut.

“Pihak polis telah bertindak memulakan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Dia berkata siasatan awal telah dijalankan oleh pihak polis dan hari ini, kes itu telah diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Azizee berkata setakat ini, dua laporan polis telah dibuat oleh orang awam di Pulau Pinang dan disiasat di bawah kedua-dua peruntukan undang-undang tersebut.

Difahamkan akaun Facebook itu merujuk kepada laman sosial milik Ketua Pemuda Dr Muhamad Akmal Saleh.

Sementara itu, Akmal menerusi Facebooknya mengesahkan dia telah dihubungi oleh pegawai penyiasat Bukit Aman untuk hadir memberi keterangan pada 11 malam ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. 

-Bernama



Source link