Malaysia Oversight

Polis siasat Umany isu gesa mansuh matrikulasi

By MkiniBM in September 16, 2025 – Reading time 1 minute
Polis siasat Umany isu gesa mansuh matrikulasi


Polis sedang menyiasat gesaan Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (Umany) supaya memansuhkan sistem matrikulasi dan menggunakan keputusan STPM sebagai penanda aras tunggal untuk kemasukan ke universiti awam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, M Kumar berkata lima laporan polis telah dibuat terhadap kesatuan pelajar itu, berhubung kenyataan mereka.

Kenyataan berkenaan didapati boleh mewujudkan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan negara, mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat serta kegentaran awam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sehingga kini, empat laporan polis tambahan telah diterima daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu,” katanya.

[Laporan penuh menyusul]



Source link