Malaysia Oversight

Polis siasat mesej kepada isteri Rafizi sebagai ugutan jenayah

By MkiniBM in August 15, 2025 – Reading time 1 minute
Polis siasat mesej kepada isteri Rafizi sebagai ugutan jenayah


Polis dalam usaha mengesan individu yang menghantar mesej ugutan kepada isteri Rafizi Ramli, selepas anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun diserang menggunakan jarum suntikan di sebuah pusat beli-belah di .

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Shazeli Kahar berkata Rafizi telah membuat laporan polis berhubung insiden itu semalam.

“Susulan itu, polis akan bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan bagi menjejaki pemilik nombor telefon berkenaan.

“Siasatan bagi kes ini dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya seperti dipetik.

Seksyen 507 berhubung kesalahan ugutan jenayah melalui perantaraan komunikasi.

Dalam sidang media di Parlimen semalam, Rafizi berkata salah satu mesej yang diterima mengugut anaknya dengan jangkitan Aids.

39e03aa607c938cef134f658491ca653

“Mesej itu berbunyi ‘diam, jika teruskan, Aids’,” kata Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan dan bekas timbalan presiden .

Menegaskan tidak akan tunduk, Rafizi percaya serangan itu merupakan amaran kepadanya supaya tidak lantang bersuara dalam isu tertentu.

Bekas menteri ekonomi itu berkata serangan terhadap anaknya dilakukan oleh dua individu berpakaian serba hitam dan memakai topi keledar penutup penuh.

Katanya lagi, anaknya perlu menjalani ujian darah secara berkala selama enam bulan bagi memastikan tiada kesan jangka panjang daripada bahan tidak diketahui itu.



Source link