Malaysia Oversight

Polis siasat kes penghantar makanan hantar mesej perkauman

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 1 minute
Polis siasat kes penghantar makanan hantar mesej perkauman


Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang penghantar makanan yang dikatakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Helmi Aris ketika dihubungi Bernama berkata siasatan lanjut kes itu sedang giat dijalankan.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Semalam Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata perbuatan penghantar makanan tersebut tidak boleh diterima sama sekali dan wajar dikenakan tindakan undang-undang. 

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan seorang guru sekolah di Machang Bubok di sana membuat laporan polis mendakwa menerima mesej berbaur penghinaan daripada seorang penghantar makanan menerusi mesej dalam aplikasi penghantaran makanan.

-Bernama



Source link