Malaysia Oversight

Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang

By TheSun in September 23, 2025 – Reading time 1 minute
Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata Nur Alina Abdullah kali terakhir dilihat di sekitar Jalan Harmoni Indah 1, Taman Harmoni Indah, Seri Kembangan, pada kira-kira 4.15 petang.

Laporan kehilangan Nur Alina yang kurus dan berketinggian kira-kira 160 sentimeter itu diterima pada 12.40 tengah hari, Ahad lepas.

Ketika kali terakhir dilihat, beliau memakai tudung hitam, kardigan hitam, kemeja-T berwarna merah dan seluar hitam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Nur Alina diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222.

Mereka juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Sjn Mastura Mat di talian 011-26259679. – Bernama



Source link