Malaysia Oversight

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang di Skudai

By TheSun in September 15, 2025 – Reading time 1 minute
Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang di Skudai


JOHOR BAHRU: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Tan Sri Yacob, Skudai sejak 23 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan menyatakan pihaknya menerima laporan kehilangan Voo Zhi Lin oleh datuknya yang berusia 68 tahun pada 26 Julai jam 11.24 pagi.

“Remaja itu kali terakhir dilihat berada di rumah datuknya di Taman Tan Sri Yacob dengan butiran fizikal berketinggian 145 sentimeter dan berat kira-kira 50 kilogram,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja itu menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Wilford Carter Blaydes di talian 013-8498448.

Masyarakat juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau 07-5114486 untuk memberikan sebarang maklumat. – Bernama



Source link