Malaysia Oversight

Polis kenal pasti pemilik kereta digunakan dalam letupan di New Delhi

By MkiniBM in November 11, 2025 – Reading time 1 minute
Polis kenal pasti pemilik kereta digunakan dalam letupan di New Delhi


Polis Delhi mengenal pasti pemilik kereta yang digunakan dalam kejadian letupan pada petang Isnin di New Delhi sebagai Mohammad Umar, seorang penduduk wilayah Kashmir yang ditadbir India, lapor Xinhua.

Menurut sumber polis, Umar yang merupakan seorang pengamal perubatan berada di dalam kereta itu ketika ia meletup pada kira-kira 6.52 petang berhampiran monumen bersejarah Red Fort, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan dan puluhan lagi cedera.

0cfcbef2de8d36fd045d0efae9e5c656

Beberapa kereta berhampiran turut terbakar, manakala bangunan di sekitar kawasan kejadian mengalami kerosakan. Letupan kuat itu dapat didengari sejauh 500 meter.

Menurut polis, Umar merupakan pemilik keempat kenderaan itu, yang dilaporkan dibeli kira-kira dua minggu lalu.

“Mayat Mohammad Umar telah ditemukan dan ujian DNA akan dijalankan bagi mengesahkan identitinya,” menurut kenyataan Polis Delhi.

Insiden berlaku pada hari yang sama pihak berkuasa menjumpai sejumlah besar bahan mudah terbakar di dua lokasi di daerah Faridabad, negeri Haryana, utara India.

– Bernama-Xinhua



Source link