Malaysia Oversight

Polis kawal keselamatan keluarga Rafizi

By MkiniBM in August 15, 2025 – Reading time 1 minute
Polis kawal keselamatan keluarga Rafizi


Pihak polis memberi kawalan keselamatan terhadap keluarga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, susulan kejadian serangan terhadap anak lelakinya oleh individu tidak dikenali di pusat membeli-belah IOI City Mall, , semalam.

Ketua Polis , Shazeli Kahar, mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

“Ada (kawalan), tapi saya tak boleh dedahkan (terperinci), tapi di bawah kawalan pihak polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen , Shah Alam, hari ini.

Shazeli turut memaklumkan pihaknya belum menerima laporan rasmi mengenai pesanan berbaur ugutan yang diterima isteri Rafizi.

“Setakat ini belum terima laporan, dan kita minta laporan rasmi dibuat.

“Suspek masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan anak lelaki bekas menteri ekonomi itu diserang dua lelaki bermotosikal di kawasan parkir pusat membeli-belah berkenaan.

Rafizi dalam kenyataannya percaya serangan itu berkait rapat dengan kelantangannya bersuara, serta menganggap ia sebagai satu bentuk ugutan terhadap tugasnya sebagai ahli parlimen.



Source link