Malaysia Oversight

‘Polis gagal kes Indira Gandhi’

By MkiniBM in October 31, 2025 – Reading time 4 minute
'Polis gagal kes Indira Gandhi'


NGO Pasukan Tindakan Indira Gandhi (Ingat) dan Agamam Ani Malaysia, diketuai aktivis sosial Arun Dorasamy hari ini mengumumkan rancangan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta menganjurkan “perarakan keadilan besar-besaran” ke Bukit Aman, dengan dakwaan kegagalan berterusan polis mengesan anak perempuan Indira Gandhi, Prasana Diksa.

Arun (gambar judul) berkata selepas lebih sedekad usaha kehakiman dan penguatkuasaan, kedua-dua Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Ismail dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memilih untuk membisu — ditafsirkannya sama ada sebagai pengakuan kegagalan institusi atau usaha mengelak kebertanggungjawaban.

Menurutnya, NGO Ingat dan Indira Gandhi kini menimbang aduan rasmi kepada SPRM terhadap Khalid, atas dakwaan salah guna kuasa dan menghalang keadilan, merujuk kepada apa yang didakwanya sebagai kegagalan bertindak yang berlarutan serta kemungkinan campur tangan dalaman.

“Semakin wujud syak terhadap ‘tangan ghaib’ — individu atau kumpulan di dalam atau di luar sistem yang mungkin mensabotaj, mempengaruhi, atau menekan usaha penguatkuasaan atas sebab politik atau agama,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

bca1c02919a03ceb479a59318e888f37

Arun berkata Ingat akan melancarkan perarakan tersebut dalam masa terdekat, menuntut kebertanggungjawaban Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri.

Jelasnya, perincian perarakan akan diumumkan kemudian selepas perundingan dengan pihak berkuasa di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Menurut Arun lagi, keputusan itu hadir selepas bertahun-tahun kekecewaan terhadap apa yang dilihat Ingat sebagai kegagalan polis melaksanakan perintah mandamus Mahkamah Persekutuan 2014 yang mengarahkan supaya Prasana dikembalikan kepada ibunya.

“Di bawah Seksyen 20(3) Akta Polis 1967, KPN berkewajipan melaksanakan dan menguatkuasakan perintah mahkamah yang sah, termasuk Perintah Mandamus Mahkamah Persekutuan 2014 yang mengarahkan pemulangan Prasana Diksa kepada ibunya, Indira Gandhi.

ff4d6f0dd84e47bd46054e2b7059eeef

“Kegagalan atau keengganan melaksanakan perintah sah sedemikian membentuk ‘nonfeasance’ — satu kesalahan pentadbiran dan perundangan serius yang ditakrifkan sebagai peninggalan sengaja atau cuai untuk melakukan tindakan yang diwajibkan oleh undang-undang,” tambah Arun.

Aktivis itu turut menyoal status pasukan petugas khas yang diumumkan pada April 2019 oleh ketua polis negara ketika itu, Fuzi Harun, bagi mengesan serta membawa pulang Prasana.

Arun berkata unit yang diketuai pemangku pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ketika itu, Huzir Mohamed, diisytiharkan sebagai operasi berkeutamaan namun selepas enam tahun tiada kemajuan nyata, ketelusan, atau penutup kes yang dicapai.

“Afidavit berulang yang difailkan polis dalam prosiding pemantauan kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh mengakui Riduan Abdullah tidak dapat dikesan namun bukti menunjukkan dia terus hidup bebas, menghadiri acara umum dan bergerak merentasi negeri tanpa halangan.

5f456ba6d2f00b38ecbe4fbed3bdbf2e

“Corak ini menimbulkan kebimbangan serius tentang kegagalan penguatkuasaan, kecuaian sengaja, dan kemungkinan kolusi dalam kalangan anggota penguat kuasa,” dakwa Arun.

Minggu lalu, peguam Indira, Rajesh Nagarajan menuduh pihak berkuasa melakukan “kegagalan yang tidak boleh dimaafkan” susulan dakwaan bekas suaminya, Riduan Abdullah hidup bebas di dalam negara dan menikmati bantuan walaupun wujud waran tangkap berusia 15 tahun.

Satu hantaran media sosial mengenai Riduan menghangatkan semula penelitian terhadap cara polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengendalikan kes itu, dengan dakwaan Riduan kekal berada di Malaysia serta menerima bantuan seperti Budi95 dan Bantuan Keperluan Asas Rahmah (Sara).

Semakan Malaysiakini pada platform Budi95 dan Sara menggunakan nombor IC yang dikaitkan dengan Riduan mendapati akaun berkenaan telah menggunakan sepenuhnya bantuan tunai Sara RM100 sekali bayar dan hampir 100 liter daripada kuota subsidi petrol Budi95 sebanyak 300 liter.

0936f9f61450b9fee438eebbef29ab50

Semakan pada portal status perjalanan Jabatan Imigresen menggunakan nombor IC sama turut menunjukkan “tiada sekatan” ke atas keupayaannya untuk ke luar negara.

“Keadilan yang dilengah-lengahkan ialah keadilan yang dinafikan, tetapi keadilan yang sengaja dihalang merupakan satu serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sendiri,” kata Arun.

Dia turut menggesa Khalid dan Saifuddin tampil menjelaskan secara terbuka langkah yang telah diambil untuk menguatkuasakan perintah Mahkamah Persekutuan, sebab pasukan petugas gagal selepas enam tahun, dan siapa yang melindungi Riduan.

Pada sidang media pada 28 Okt, Ingat menggesa polis menggunakan data lokasi tebus subsidi petrol Budi95 dan kredit Sara oleh Riduan — yang sebelum ini dikenali sebagai K Pathmanathan — untuk mengesannya.

Sedekad yang sia-sia

Pada 2009, Riduan menukar agama tiga anak mereka kepada tanpa persetujuan Indira dan memohon hak penjagaan melalui Mahkamah Syariah.

Pada tahun berikutnya, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan penuh kepada Indira. Namun, Mahkamah Rayuan pada 2014 membatalkan perintah Mahkamah Tinggi yang memaksa KPN mendapatkan semula Prasana.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengesahkan penghakiman berasingan (dissent) Mahkamah Rayuan, dengan mahkamah tertinggi mengarahkan polis menahan Riduan dan mendapatkan semula kanak-kanak itu.

c03c99f60b9f83b5cb3fd213b3871218

Indira memfailkan saman RM100 juta pada 2020, menamakan bekas ketua polis Abdul Hamid Bador, PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan sebagai defendan, selepas tiada perkembangan mengenai keberadaan anaknya.

Dia mendakwa Hamid semasa memegang jawatan KPN serta pihak polis telah melakukan tort ‘nonfeasance’ dan menuduh mereka sengaja mengabaikan kewajipan untuk mengesan bekas suami serta anaknya.

Pada Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak saman itu selepas mendapati Hamid dan polis telah melaksanakan tugas mereka dalam melaksanakan perintah mandamus Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan dimaklumkan pada 11 Ogos tahun ini bahawa polis tidak mempunyai ‘duty of care’ terhadap Indira dalam kes pencarian Riduan dan Prasana.

[Baca berita asal]



Source link