Malaysia Oversight

Polis buka 21 siasatan, termasuk kes manipulasi isu

By MkiniBM in August 18, 2025 – Reading time 1 minute
Polis buka 21 siasatan, termasuk kes manipulasi isu


PARLIMEN | Siasatan kematian Zara Qairina Mahathir diperluas untuk merangkumi individu yang didapati memanipulasi isu tersebut bagi mengganggu-gugat ketenteraman awam, menurut Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Semasa menyampaikan taklimat khas menteri di Dewan Rakyat, Saifuddin berkata polis membuka 21 kertas siasatan, termasuk terhadap seorang guru sekolah yang membuat siaran langsung di TikTok mendakwa remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin basuh.

“Cikgu tadi satu (kes). Tetapi kita buka 21 kertas semuanya, (antaranya) penyebaran berita palsu di media sosial, penipuan yang mendorong kepada himpunan-himpunan jalanan. 

“Saya faham rakyat turun ini menghantar satu isyarat kepada . Segera bertindak kalau ada elemen pelaku (kesalahan), bawa ke muka pengadilan. 

“Dan itulah yang akan kita laksanakan,” katanya.

77c78bffe61afa2f67ed850693fc8de0
Saifuddin Nasution Ismail

Sebelum ini, seorang lelaki berusia 39 tahun ditangkap di Rawang bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan, berhubung dakwaan palsu Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Saifuddin hari ini menegaskan komitmen terhadap keadilan mesti berlandaskan undang-undang.

“Kerana itu kita mesti lakukan siasatan dengan profesional dan telus, bukti yang sahih mengikut undang-undang. Kita masyarakat yang bertamadun, negara undang-undang. 

“(Kita) tidak boleh bertindak berdasarkan andaian, desas-desus media sosial, tekanan ahli politik, ataupun demonstrasi dengan niat untuk mendapatkan keadilan,” katanya.

Beberapa hari lalu, susulan penggalian semula mayat Zara dan inkues, pelbagai perhimpunan solidariti diadakan di Sabah dan Kuala Lumpur, antara lain untuk menuntut keadilan dan tindakan terhadap pelaku serta pihak yang bersubahat dalam dakwaan buli terhadapnya.



Source link