Malaysia Oversight

Polis ambil keterangan 19 individu

By MkiniBM in August 22, 2025 – Reading time 1 minute
Polis ambil keterangan 19 individu


Polis telah mengambil keterangan seramai 19 individu bagi membantu siasatan berkaitan kes anak lelaki bekas Timbalan Presiden Rafizi Ramli yang diserang di sebuah pusat beli-belah di pada 13 Ogos lepas.

Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata mereka yang dipanggil termasuk ahli keluarga Rafizi, pemandu, pekerja serta beberapa saksi lain.

“Selain itu, polis telah mengambil dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Pada masa sama, Mohd Khalid berkata polis masih menunggu laporan kimia daripada pihak hospital berkaitan cecair yang disuntik kepada anak Rafizi.

Dia turut memaklumkan kanak-kanak berusia 12 tahun itu berada dalam keadaan stabil, dengan doktor terus menjalankan pemantauan kesihatan terhadapnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan Rafizi bahawa isterinya menerima pesanan berbaur ugutan, Mohd Khalid berkata siasatan mendapati nombor telefon yang digunakan didaftarkan atas nama seorang warga asing, dan polis masih berusaha mengenal pasti individu terbabit.

Baru-baru ini, media melaporkan anak lelaki Rafizi diserang kira-kira dua petang di kawasan menurunkan penumpang sebuah pusat beli-belah di .

Rafizi mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam serta bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal dengan seorang daripadanya bertindak mengheret anaknya sebelum mencucuk sesuatu menggunakan jarum suntikan.

-Bernama



Source link