Malaysia Oversight

PN tawar bantuan RM500 sebulan untuk isi rumah, pendidikan percuma

By MkiniBM in October 13, 2025 – Reading time 2 minute
PN tawar bantuan RM500 sebulan untuk isi rumah, pendidikan percuma


PARLIMEN | Sekiranya menjadi , PN akan memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga RM6,000 setahun kepada isi rumah yang memerlukan, kata Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin (PN–Larut).

Menurut Hamzah, bantuan sebanyak RM500 sebulan itu jauh lebih baik berbanding program Bantuan Asas Rahmah (SARA) yang menurutnya bersifat bersyarat dan terhad.

“We know we can do it. Ini berbeza dengan bantuan yang bersyarat, terhad, seperti skim Sara yang mengekang pilihan rakyat.

“Bagi duit Sara, engkau tak boleh (beli) yang (barang) ini, engkau kena belanja yang ni. Apahal ni? Kita PN akan beri bantuan dan kita serahkan kepada rakyat, apa yang mereka perlukan,” katanya.

Bantuan SARA diberikan dalam bentuk kredit ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan di lebih 4,100 pasar raya serta kedai yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri, Ibrahim pada 10 Okt lalu, program bantuan disusun semula dengan penyesuaian terhadap bentuk dan kadar bantuan.

Menerusi Bantuan Tunai Rahmah (STR), keluarga penerima akan menerima jumlah keseluruhan bantuan yang sama seperti sebelum ini.

Namun komponen bantuan tunai dikurangkan manakala bantuan dalam bentuk kredit untuk pembelian barangan keperluan asas ditingkatkan.

Bayaran STR dikurangkan sebanyak RM300 bagi semua kategori isi rumah, tetapi pengurangan itu diimbangi dengan kenaikan RM300 bagi Sara, menjadikan jumlah minimum Sara sebanyak RM1,200 setahun.

Hamzah berkata PN juga akan menawarkan pendidikan percuma di peringkat pra-siswazah kepada semua golongan rentan dan memerlukan, terutamanya penerima BPN.

“Perikatan Nasional juga akan memastikan mana-mana pelajar yang layak mengikut merit akan diberikan biasiswa bagi menyempurnakan pengajian ijazah pertama dalam bidang strategik.

“Pada masa yang sama, autonomi kepada institut pengajian tinggi awam akan diperluaskan melalui Tabung Endowment khususnya membabitkan research university (Universiti penyelidikan),” katanya lagi.

Ahli Parlimen DAP bagi Kota Melaka, Khoo Poay Tiong (PH–Kota Melaka) kemudian bangun mencelah dengan bertanyakan siapakah calon perdana menteri daripada pihak pembangkang.

Hamzah menjawab, “Kalau nak tahu, kami di sini semua dah tahu siapa calon PM. kalau Kota Melaka nak tahu, sila masuk ke PN,” katanya.

Parti-parti utama dalam pembangkang — Bersatu dan — kini dilihat tidak sehaluan dalam memutuskan calon perdana menteri daripada PN.

Bersatu mencadangkan presidennya, Yassin sebagai calon, namun terdapat kumpulan dalam parti itu yang cenderung menyokong Hamzah.

Sementara itu, Dewan Pemuda , dalam muktamar sebelum ini mencadangkan Timbalan Presiden , Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagai pilihan utama mereka.

Perwakilan Pemuda PAS turut sebulat suara meluluskan satu usul mendesak pimpinan parti supaya mengambil alih kepimpinan PN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, diumumkan sebagai calon perdana menteri PN.

Namun, PAS akhirnya memenangi 43 kerusi Parlimen, menjadikannya parti yang mencatat kemenangan terbesar dalam kalangan parti yang bertanding di Dewan Rakyat.



Source link