Malaysia Oversight

PN Sabah dakwa GRS ‘dipaksa’ gabung PH, BN

By MkiniBM in July 13, 2025 – Reading time 2 minute
PN Sabah dakwa GRS ‘dipaksa’ gabung PH, BN


Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berada dalam tekanan politik untuk membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional () bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Ronald Kiandee.

Bercakap pada program Jelajah PN di Beaufort semalam, Ronald mendakwa kepimpinan GRS kini seolah-olah tidak bebas untuk membuat keputusan sama ada untuk bertanding secara bersendirian ataupun bekerjasama dengan pihak lain.

>“Dia tidak mahu bergabung pun susah, mahu buat konvensyen. Mana kuasa pengerusi mereka? Pasal apa? Dia orang kena pegang. Lapan orang ada kes, dua orang kena tuduh.”

“Siapa dua orang kena tuduh? Seorang yang melompat daripada , seorang lagi melompat daripada Warisan. Yang pegang jawatan dalam GRS, timbalan presidennya, naib presidennya, bendahari agung belum dituduh.”

“Kenapa? Mungkin kerana mereka dipaksa untuk bergabung,” katanya.

Ronald dipercayai merujuk kepada dua GRS — Andi Muhammad Suryady Bandy dan Yusof Yacob — yang didakwa di mahkamah pada 30 Jun lalu atas tuduhan menerima rasuah berkaitan permohonan lesen mineral di Sabah.

Sementara itu, laporan Malaysiakini semalam memetik para perwakilan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyuarakan pendirian tegas dalam konvensyen bersama mereka, menyatakan hasrat agar GRS bertanding secara solo dalam PRN akan datang.

Setiap kali nama GRS disebut oleh Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, dewan konvensyen di Penampang bergema dengan laungan “solo” daripada kira-kira 5,000 ahli PBS dan STAR yang hadir.

Presiden STAR, Jeffrey Kitingan pula menyifatkan PRN Sabah akan datang sebagai “referendum” bagi menentukan sama ada negeri itu perlu terus bergantung kepada parti dari Semenanjung atau menentukan halatuju sendiri.

Walau bagaimanapun, Hajiji masih enggan memberi jawapan pasti tentang pendirian GRS dan menegaskan bahawa keputusan akan dibuat oleh Majlis Tertinggi GRS. Sebelum ini, dia pernah memberi bayangan kemungkinan GRS bekerjasama dengan PH dalam PRN tersebut.

Namun, kerjasama itu dijangka menimbulkan konflik kerana — yang turut mahu bekerjasama dengan PH — enggan bersekutu dengan GRS.

Mengulas lanjut, Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata konvensyen GRS yang diadakan hanyalah atas desakan dan bukan kehendak akar umbi sebenar.

“Macam mana mahu tuntut 40 peratus cukai dipungut daripada Sabah dikembalikan kepada Sabah. Berbeza dengan kita (PN).”

“Kita boleh bahas dalam konvensyen, persidangan agung tahunan kita. Kehendak Sabah bahawa ini kita perlu laksanakan.”

Dia turut menyindir slogan GRS “rumah kita, kita jaga” sebagai kosong dan tidak bermakna.

“(Slogan) hebat bukan main, kononnya berkuasa kerana mereka parti tempatan dan boleh mencorakkan politik Sabah. Tapi soal penting, mahu bertanding solo atau tidak, mereka tidak boleh buat keputusan,” katanya.



Source link