Malaysia Oversight

‘PN mesti kecam kenyataan hasutan Marzuk atau tanggung akibat bersama’

By MkiniBM in October 21, 2025 – Reading time 2 minute
‘PN mesti kecam kenyataan hasutan Marzuk atau tanggung akibat bersama’


Seorang lagi pemimpin DAP menggesa parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menyatakan pendirian secara terbuka berhubung kenyataan ahli Parlimen , Ahmad Marzuk Shaary, yang disifatkannya sebagai “provokasi berunsur hasutan” apabila menyamakan situasi di Malaysia dengan Palestin.

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee Chuan How, berhujah bahawa kepimpinan dan PN secara keseluruhan mesti bertindak segera dan tegas terhadap Marzuk, yang disifatkannya sebagai “menghasut secara melulu, mengapi-apikan, dan amat tidak bertanggungjawab.”

Lee memberi amaran bahawa jika gagal memaklumkan pendiriannya kepada orang ramai mengenai kenyataan tersebut, sikap berdiam diri itu akan dianggap sebagai “pengesahan” bahawa parti pembangkang itu berkongsi “tanggapan” Marzuk bahawa bukan dan bukan Melayu di Malaysia umpama “penjajah Zionis.”

4ca93fd440a5950460b82eb54d720951

“Tetapi, jika PAS tidak bersetuju, maka parti itu mesti mengarahkan (Marzuk) untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata Lee dalam satu kenyataan hari ini.

“Tuntutan moral yang sama terpakai buat Bersatu, Gerakan, dan setiap parti komponen PN. Sama ada menolak kenyataannya, atau turut dipersalahkan kerana bersubahat,” tambahnya.

Menuduh Marzuk menggunakan agama sebagai “jubah” untuk menyebarkan sentimen berbahaya, Lee turut menegur Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu kerana didakwa mengkhianati seruan untuk kesederhanaan serta teladan Nabi Muhammad SAW dalam hidup bersama secara aman.

Terdahulu hari ini, rakan Lee dalam DAP, Syahredzan Johan, turut mengkritik hantaran Facebook Marzuk bertajuk “Belajar dari Sejarah Palestin: Jangan Kita Ulangi Kesilapan yang Sama” kerana secara palsu menggambarkan rakyat bukan dan bukan bumiputera di negara ini sebagai ancaman kepada kepentingan Melayu-Islam.

bb2d41b7d28135c4bdf6b2e6c733c75b

Naib pengerusi DAP itu turut menegur Marzuk kerana menyamakan rakyat bukan Melayu dan bukan Islam dengan tindakan penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Marzuk dalam hantaran di Facebook semalam berkongsi petikan daripada ucapannya di Pengkalan Chepa, , yang menyeru umat Islam supaya mengambil iktibar daripada sejarah Palestin, sambil memberi amaran bahawa “tanda-tanda itu sudah mula kelihatan di depan mata.”

Antara lain, dia mndakwa bahawa sejak sektor ekonomi semakin dikuasai oleh bukan Islam dan bukan bumiputera, pusat membeli-belah utama, syarikat penting, dan tanah strategik telah “lama keluar dari genggaman umat Islam.”

Mengulas dakwaan tersebut, Lee mengecam tindakan Marzuk yang dianggapnya menyalahgunakan perjuangan rakyat Palestin “untuk mencemarkan nilai kemanusiaan dan menanam kebencian” di kalangan rakyat Malaysia, sambil menegaskan bahawa perbuatan itu patut dianggap sebagai “pengkhianatan” terhadap nama dan penderitaan rakyat Palestin.

9ce17a02ea7ec46455fb9cc9aa5c4356

“Terus terang, apa yang dikatakan Marzuk ialah satu bentuk pengisytiharan peperangan budaya terhadap bukan Islam dan bukan Melayu. Dengan menyamakan masyarakat majmuk Malaysia dengan situasi pendudukan Palestin, dia menggambarkan jiran-jirannya sendiri sebagai musuh dalam selimut.

“Tiada siapa harus bertolak ansur dengan provokasi berunsur hasutan sebegini yang menyerang asas perpaduan nasional, keamanan sosial, dan ketertiban perlembagaan,” tambah Lee.



Source link