Malaysia Oversight

PN kena terima hakikat, bukan cipta alasan kalah

By MkiniBM in April 27, 2025 – Reading time 2 minute
PN kena terima hakikat, bukan cipta alasan kalah


PN seharusnya menerima hakikat dan bukan mencipta alasan tidak relevan berikutan keputusan tidak memihak kepada mereka dalam PRK DUN Ayer Kuning.

Setiausaha Agung Zambry Abd Kadir berkata kenyataan bahawa PN berjaya menyekat hasrat memperoleh 18,000 undi adalah alasan untuk menutup prestasi buruk parti pembangkang itu.

“Pimpinan PN sepatutnya melakukan proses pasca nilai bagi meneliti apakah punca sebenar kekalahan di kerusi yang ditandingi pada PRK itu. 

“Ia sama sekali berbeza dengan dan Perpaduan yang menerima dengan hati terbuka dan bersikap profesional biarpun pernah mengalami kekalahan dalam PRK sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Program Universiti Teknologi Malaysia (UTM) TechnoXplorer 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam di Manjung, Perak hari ini.

Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perak Mohd Fakhrudin Abd Aziz semalam yang berkata PN berjaya menyekat hasrat BN untuk memperoleh 18,000 undi seperti disasarkan pada PRK berkenaan. 

Sementara itu, Naib Presiden Johari Abdul Ghani pula berkata kestabilan negara di bawah pentadbiran Perpaduan menjadi pertimbangan utama rakyat dalam menentukan sokongan kepada sesebuah parti, sekali gus membawa kepada kemenangan BN.

Perpaduan bagi saya masih baru dan masih ramai yang bersikap ‘mencurigakan’. Tugas kita adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa walau apa pun perbezaan politik, yang paling penting adalah negara stabil.

“Apa gunanya mempunyai kerajaan yang kerap bertukar perdana menteri dua, tiga kali? Bukan sahaja rakyat, malah pelabur luar juga akan melihat negara ini seolah-olah tiada kestabilan. Jadi, bagaimana kita hendak meyakinkan mereka untuk melabur dalam jangka masa panjang?” katanya.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Kota Bharu, hari ini.

Semalam, calon BN Mohamad Yusri Bakir yang juga Setiausaha Umno Tapah menang PRK DUN Ayer Kuning dengan majoriti 5,006 undi setelah meraih 11,065 undi, menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada PN (6,059 undi) dan calon PSM Bawani KS (1,106 undi).

Keputusan itu mengekalkan DUN Ayer Kuning sebagai kubu kuat BN yang dikuasai parti berkenaan sejak 1986.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas.

-Bernama



Source link