Malaysia Oversight

PN anggap kerajaan cakap lain, buat lain

By MkiniBM in August 5, 2025 – Reading time 2 minute
PN anggap kerajaan cakap lain, buat lain


PARLIMEN | Pembangkang hari ini mempertikaikan langkah menguruskan isu tarif AS dan status kaukus parlimen yang ditubukan bagi membincangkan isu berkenaan.

Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, memberitahu lima ahli parlimen pembangkang dinamakan sebagai ahli jawatankuasa kaukus parlimen seperti yang diminta melalui surat bertarikh 29 Mei lalu.

Katanya, ia adalah respon kepada surat daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) pada 16 Mei.

“Kita (PN) menghantar nama lima orang untuk menduduki jawatankuasa kaukus ini – , Bachok, Kubang Pasu, Tangga Batu dan Machang. Mungkin YB boleh mengesahkan perkara ini,” katanya.

Kenyataan itu kemudian dibalas oleh Radzi Jidin (PN-), Ku Abddul Rahman Ku Ismail (PN-Bachok), Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) dan Syahir Sulaiman (PN-Bachok) bahawa mereka tidak menerima sebarang jemputan untuk menyertai kaukus tersebut sebelum Washington menetapkan kadar tarif Malaysia pada 19 peratus.

Mengulas situasi itu, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin (PN-Larut) berkata sudah mewujudkan persepsi bahawa mereka tidak melakukan apa yang dijanjikan.

Katanya pada Mei 15 lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut dan meminta pembangkang menulis surat menghantar nama secara rasmi.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak dipanggil untuk bermesyuarat.

“Inilah yang menyebabkan rakyat nanti kata: cakap lain buat lain; depan lain belakang lain. Dalam parlimen (cakap) lain, di luar parlimen (buat) lain,” katanya semasa membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu menjelaskan, jika jawatankuasa kaukus itu dibentuk dan perbincangan dijalankan sebelum keputusan mengenai tarif AS dicapai, isu tersebut boleh dijelaskan kepada rakyat.

Dia juga berkata, pihak pembangkang bersependapat dengan kerajaan bahawa isu tarif AS berkait dengan kepentingan negara, justeru perlukan pendekatan bersama.

“Masalah kita ialah, mengapa dah setuju tubuhkan kaukus, (tetapi) akhirnya bersetuju dengan perjanjian yang dibuat dengan AS.

“Hari ini terpaksa terangkan (apa yang berlaku) kepada kita (PN). Apabila kami bangun nak soal, menteri (Tengku Zafru) lari.

“Inilah yang menjadi masalah kepada kita semua sehinggakan hilang kepercayaan kita kepada segala kenyataan yang dibuat oleh menteri,” katanya.

Sebelum itu Tengku Zafrul memberikan penjelasan kepada Dewan Rakyat tentang tarif AS – yang ditetapkan pada 19 peratus – hasil rundingan kerajaan dengan Rumah Putih. Tarif itu akan berkuat kuasa mulai 7 Ogos ini.

Tarif baru itu adalah penurunan enam peratus berbanding kadar asal – 25 peratus – yang diumumkan Presiden Donald pada bulan lalu.



Source link