Malaysia Oversight

PMX jangan iktiraf UEC – Akmal ‘sailang’ desakan DAP

By MkiniBM in December 11, 2025 – Reading time 2 minute
PMX jangan iktiraf UEC - Akmal 'sailang' desakan DAP


Sejak kekalahan besar dalam pilihan raya negeri Sabah, DAP berikrar untuk menggerakkan agenda reformasi, dengan salah satu isu utamanya ialah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Pun begitu, Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh dengan pantas menyekat usaha DAP dengan menyasarkan kecamannya kepada Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming, menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi.

Ini susulan kenyataan Nga, yang juga menteri pembangunan tempatan dan perumahan, bahawa DAP akan meminta pertemuan dengan Perdana Menteri Ibrahim untuk membincangkan pengiktirafan UEC.

“Kepada PMX saya rayu sangat janganlah kita nak mengiktiraf UEC ni,” tegas ketua Pemuda itu.

d9856c7df7b7e82a5dba38d42fc33421

Dalam hantaran di Facebook, ketua Pemuda itu berkata sebagai menteri, Nga sepatutnya sudah maklum mengenai dasar pendidikan negara.

“Ada tiga (prinsip) jer. Pertama, mesti gunakan bahasa pengantar utama Bahasa Malaysia; kedua, mesti menggunakan kurikulum yang sama iaitu kurikulum kebangsaan.

“Kebangsaan ini negara kitalah; dan ketiga, adalah mesti menduduki peperiksaan yang sama.

“Untuk makluman YB Nga Kor Ming, sama ada kamu tahu atau buat tak tahu UEC ni tidak langsung menepati tiga syarat… macam mana kita nak iktiraf,” soalnya.

285898c159567e0a39c8c8a9c7ecfb63

Akmal berkata jika Nga memperjuangkan hak pendidikan untuk pihak lain, perlu difahami bahawa UEC sudah pun diberi ruang yang besar.

Dia mengimbas perkembangan dasar mengenai UEC, bermula dengan Dr Mahathir Mohamad — ketika itu menteri pelajaran pada 1975 — yang membenarkan peperiksaan tersebut diteruskan.

Akmal juga menyebut bahawa pada 2004, ketika pentadbiran bekas perdana menteri , institusi pengajian tinggi swasta dibenarkan menerima pemegang UEC.

Selain itu, sejak 2010, UEC diterima bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Cina) di Institut Pendidikan Guru bawah Kementerian Pendidikan dan sejak 2019, untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang.

6124b98cae1fc84091089b90086bdf68

Menegur Nga secara langsung, Akmal menyoal: “Saya nak tanya YB menteri, kamu tahu tak dalam dunia ni Malaysia saja yang iktiraf, ada sistem pendidikan vernakular? Tak payah pergi tempat lainlah, kau pergi, adakah Singapura iktiraf sistem lain daripada sistem kebangsaan mereka. Jawapannya tidak.”

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa kenyataan terbaru Nga mengenai UEC kembali mencetuskan kecaman terhadap DAP, dengan dakwaan parti itu sedang cuba melemahkan orang Melayu.

Kenyataannya itu diterjemahkan di media sosial Melayu sebagai tekanan DAP terhadap , sekali gus membangkitkan reaksi negatif.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kemudian cuba memperbetulkan naratif mengenai UEC sebagai sesuatu yang melengkapi usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Dalam wawancara dengan saluran YouTube berbahasa Cina “The Keywords”, Loke berkata akan memperkenalkan dasar baru dalam tempoh enam bulan untuk memperkukuh semua bahasa, termasuk melibatkan pengiktirafan UEC.

Penyokong Cina DAP pula mendesak agar pengiktirafan UEC dibuat “tanpa sebarang syarat tambahan”.

Manifesto PH bagi pilihan raya umum 2018 berjanji bahawa gabungan itu “akan mengiktiraf sijil UEC untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat pemohon mendapat kredit Bahasa Malaysia di peringkat SPM. Untuk tujuan ini, sijil UEC akan dinilai setara dengan kelayakan umum sedia ada untuk kemasukan ke IPTA.”



Source link