Malaysia Oversight

PMX dapat nasihat salah isu pampasan Kg Sungai Baru

By MkiniBM in May 1, 2025 – Reading time 2 minute
PMX dapat nasihat salah isu pampasan Kg Sungai Baru


Perdana Menteri Ibrahim dikatakan menerima nasihat yang salah daripada barisan peguamnya berhubung isu pampasan kepada pemilik tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata, dimaklumkan oleh barisan peguamnya bahawa sekiranya pampasan dinaikkan kepada mereka yang tidak bersetuju, maka pampasan bagi semua pemilik juga perlu diselaraskan.

“Saya bawa isu ini kepada PMX () secara terus, dia kata dimaklumkan oleh peguam-peguamnya kalau dinaikkan pampasan (kepada pemilik yang tak bersetuju), maka pampasan perlu diselaraskan, diganti atau diubah kembali.

“Saya rasa (itu) nasihat tak betul, kerana ini melibatkan dua operasi berasingan. (Mereka) yang dah bersetuju dah selesai, mereka dah terima pampasan yang ditawarkan.

“Mereka yang tak setuju ini proses nak tetapkan pampasan adalah proses lain,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

3e49370d2f10494a99205a71e498fc63

Khalid yang juga bekas menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian sebagai mengulas gesaannya agar pampasan terhadap pemilik tanah di kawasan itu dinaikkan selepas Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) membuat penilaian yang rendah ketika pemerintahan PN.

Dia turut menggesa supaya Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani supaya terus ke depan memperjuangkan hak dan pembangunan di kawasan Kampung Baru termasuk Kampung Sungai Baru.

Katanya, sebagai wakil rakyat dan anggota kabinet Johari boleh duduk berbincang bersama Anwar untuk selesaikan perkara itu.

“Kementerian Kewangan di bawah perdana menteri, Anwar mungkin boleh arahkan JPPH jelaskan bagaimana penilaian itu dibuat, jika tidak munasabah sangat perlu dinaikkan nilainya sehingga RM1,000 kaki persegi.

“Sebab sebelum ini tanah di sebelah Kampung Sungai Baru diambil untuk buat pembinaan Lebuhraya Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) harganya bukan RM450 kaki persegi,” katanya lagi.

7f21b86636554f74fb9d92ff191a33f0

Tambah Khalid, dia juga pernah membentangkan kepada Anwar mengenai rancangan pembangunan semula Kampung Baru.

“PMX dah tahu, kita dah bentang waktu kita nak buat pembangunan semula.

“Saya rasa dia patut tengok semula dan arahkan Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa untuk lakukan sesuatu,” katanya.



Source link