Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan mengumumkan barisan kabinet baru kerajaanpada jam 3.30 petang ini.
Menerusi kenyataan dalam Facebook, Anwar berkata, rombakan itu sebagai langkah memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan.
“Insya-Allah, petang ini saya akan membuat pengumuman khas terkait Kabinet Kerajaan Madani.
“Kerajaan Madani akan terus memberi keutamaan untuk memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya hari ini.






