Malaysia Oversight

PM ucap selamat pulang pada peserta demo

By MkiniBM in July 26, 2025 – Reading time 2 minute
PM ucap selamat pulang pada peserta demo


Perdana Menteri Ibrahim mengucapkan selamat pulang kepada semua yang menyertai Himpunan Turun , sambil merakamkan penghargaan kepada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, perkhidmatan perubatan dan para sukarelawan atas komitmen mereka memastikan perhimpunan berlangsung lancar.

“Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing.

“Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi,” katanya di Facebook hari ini.

Terdahulu hari ini, ribuan orang membanjiri kawasan berhampiran Dataran Merdeka menyertai himpunan yang mendesak meletakkan jawatan atas dakwaan gagal menangani kesusahan rakyat.

81843ac080513a2d4158f1cb2842d3c1

Antara yang hadir dalam perhimpunan anjuran pembangkang itu ialah Pengerusi PN Yassin dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum itu, pemimpin Ahmad Fadhli Shaari dan Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa jumlah kehadiran mencecah 500,000 orang.

Bagaimanapun, Malaysiakini menganggarkan sekitar 25,000 peserta hadir, sementara polis menganggarkan kehadiran sekitar 18,000 orang.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan dia amat menghargai prinsip demokrasi termasuk kebebasan bersuara.

06e7ab5af1214bcef4a6e81b28206f12

“Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat.

“Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air,” tambahnya.

Sebagai contoh, Anwar menyebut tentang pelaksanaan Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat – dengan ahli parlimen bebas mengemukakan sebarang soalan kepadanya.

“Mohon kalian terus desak ahli-ahli parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.

“Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baru agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga,” kata ahli parlimen Tambun itu lagi.



Source link