Malaysia Oversight

PM tolak cadangan pindah lokasi perhimpunan di Parlimen ke Padang Merbok

By MkiniBM in August 22, 2025 – Reading time 4 minute
PM tolak cadangan pindah lokasi perhimpunan di Parlimen ke Padang Merbok


Perdana Menteri Ibrahim menolak cadangan memindahkan lokasi perhimpunan aman dari hadapan Parlimen ke Padang Merbok, kata Menteri Komunikasi Fadzil.

Menurut yang juga jurucakap Madani, perdana menteri menegaskan rakyat berhak untuk berhimpun di mana-mana sahaja termasuk di hadapan Parlimen.

“Susulan beberapa siri perhimpunan aman di depan Parlimen, terdapat perbincangan di kalangan ahli-ahli Parlimen dan juga Jemaah Menteri mengenai kewajaran mewujudkan tempat khusus, seperti Padang Merbok untuk orang ramai berkumpul bagi menyatakan pandangan atau menyerahkan memorandum.

“Walaubagaimanapun, Yang Berhormat Perdana Menteri menegaskan dan mengambil pendirian bahawa berhimpun di hadapan Parlimen itu tidak harus dihalang,” kata dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet, di , hari ini.

Menurut Fahmi, isu tersebut dibincangkan susulan beberapa siri perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Parlimen, termasuk yang melibatkan penyerahan memorandum oleh pelbagai pihak.

Bagaimanapun, Fahmi berkata, perdana menteri juga telah meminta aspek keselamatan dan pengurusan lalu lintas diberi perhatian, supaya tidak mengganggu urusan keluar masuk ahli Parlimen dan pegawai yang terlibat.

d9400384a639cecb394666647fd119b9

“Perdana menteri menegaskan, pertama, boleh terus berhimpun di hadapan Parlimen. Tidak menjadi masalah. Cuma perlu pastikan laluan keluar masuk terkawal dan diuruskan dengan baik, dengan kerjasama pihak polis.

“Cadangan untuk memindahkan lokasi perhimpunan sepenuhnya ke Padang Merbok telah ditolak oleh perdana menteri,” katanya.

Tambah Fahmi, juga telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaleha Mustafa untuk meneliti keadaan Padang Merbok dan melakukan penambahbaikan terhadap pagar di sekeliling kawasan itu, supaya ia dapat digunakan dengan lebih baik oleh orang ramai yang ingin berhimpun.

“Untuk maklumat lanjut mengenai status Padang Merbok, boleh rujuk kepada Dr Zaleha,” tambahnya.

Mengulas kejadian baru-baru ini, Fahmi mengakui wujud kelemahan dari segi penyelarasan dan maklumat, sehingga menyebabkan beberapa menteri dan ahli Parlimen terperangkap dalam kesesakan lalu lintas hampir sejam.

“Perdana menteri menekankan bahawa perhimpunan aman di hadapan Parlimen boleh diteruskan, tapi aspek keselamatan dan kawalan trafik perlu diberi keutamaan. Isu baru-baru ini berlaku kerana kurang penyelarasan dan kurang pemakluman,” katanya.

Pada 13 Ogos lalu polis mengesahkan berlaku kekecohan di luar Parlimen yang menyaksikan Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan terjatuh ke tanah dan telah mengakibatkan seorang anggota polis cedera.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus dilaporkan berkata satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 353/427 Kanun Keseksaan.

Dalam rakaman video yang dilihat Malaysiakini, kekecohan tercetus antara beberapa pekerja estet dan pihak polis selepas pihak berkuasa dilihat cuba menghalang perarakan menuju ke pintu masuk Parlimen.

Dalam perkembangan lain, Fahmi turut memaklumkan bahawa cadangan mewujudkan tribunal bagi mendengar kes buli yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, masih dalam peringkat perbincangan.

“Beliau telah memberikan maklum balas secara lisan dan memohon sedikit masa untuk menyediakan dokumen-dokumen berkaitan sebelum ia dibentangkan semula dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya.

Pemukiman isu buli

Selain itu, Fahmi turut memaklumkan bahawa satu sesi pemukiman akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyelaras tindakan antara pelbagai agensi dalam usaha menangani isu buli secara menyeluruh.

Fahmi berkata, pemukiman itu akan melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pertahanan yang menguruskan Maktab Tentera Diraja (MTD), MARA yang menyelia Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Penyelarasan tindakan antara KPM, Kementerian Pertahanan, MARA, PDRM, MCMC dan Jabatan Peguam Negara perlu dilakukan.

“Ini kerana bermula Julai lalu, pindaan kepada Seksyen 507 Kanun Keseksaan telah berkuat kuasa dan buli kini secara rasmi diklasifikasikan sebagai satu jenayah.

“Jadi SOP dan beberapa garis panduan berkaitan perlu difahami secara bersama oleh semua institusi,” katanya.

Menurut Fahmi, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut memaklumkan bahawa belum ada perkembangan terkini berhubung langkah spesifik menangani isu buli di sekolah.

Namun katanya, telah ada persefahaman untuk mengadakan pemukiman tersebut dalam tahun ini.

“Isu ini tidak boleh ditangani dengan pendekatan yang berbeza-beza antara institusi. Kalau di satu tempat SOP-nya begini, di tempat lain pula berbeza, itu menyukarkan tindakan bersepadu.

“Jadi aspek pendakwaan, aspek keselamatan dan penyelarasan memerlukan penglibatan banyak pihak. Sebab itu, pemukiman ini penting dan akan diadakan dalam masa terdekat,” tambahnya.

Jangan ambil tindakan sendiri isu bendera

Mengulas berkenaan isu Jalur Gemilang, Fahmi berkata mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini turut membincangkan beberapa insiden berkaitan pengibaran bendera dan telah membuat beberapa ketetapan.

Namun, Fahmi menyatakan perkembangan terkini menunjukkan peningkatan positif dalam semangat patriotisme rakyat.

“Saya lihat dalam algoritma TikTok dan media sosial lain, kandungan mengenai Jalur Gemilang semakin banyak, menunjukkan kreativiti rakyat dalam menyemarakkan semangat kebangsaan.

“Di premis , pusat beli-belah dan tempat awam lain, aktiviti pengibaran bendera juga semakin rancak, dan biasanya minggu terakhir bulan kemerdekaan memang akan ada lonjakan,” katanya.

Fahmi turut mengingatkan rakyat agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya melihat Jalur Gemilang dipasang secara salah, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa.

“Kalau nampak bendera terbalik, condong atau dipasang secara cuai, jangan ambil tindakan di luar batas undang-undang.

“Saya sendiri pernah bantu betulkan bendera jiran yang condong. Kita ambil sikap seperti itu, bantu, bukan hukum,” katanya.

Fahmi menegaskan bahawa rakyat tidak perlu takut untuk mengibarkan Jalur Gemilang, malah perlu berbangga melakukannya sebagai tanda cinta kepada negara.



Source link