Malaysia Oversight

PM terima kunjungan panglima baru, tegaskan tiada kompromi rasuah

By MkiniBM in January 29, 2026 – Reading time 1 minute
PM terima kunjungan panglima baru, tegaskan tiada kompromi rasuah


Perdana Menteri Ibrahim menegaskan bahawa kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara perlu diperkukuh melalui tahap profesionalisme, akauntabiliti, dan integriti yang tinggi dalam setiap lapisan operasi.

Dia berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Darat yang baru, Azhan Md Othman, bagi membincangkan peranan strategik pasukan itu sebagai benteng pertahanan negara.

“Saya menegaskan bahawa kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara ini tidak boleh dibina dengan slogan semata-mata, sebaliknya mesti diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tegas serta konsisten dalam setiap lapisan pentadbiran dan operasi,” kata menerusi hantaran di media sosial hari ini.

c05179ae5511285cfd7ecf2ffe2904bd
d37631cfe2dd7e760aab1fa2d8769a0b

Dalam pertemuan tersebut, turut menyentuh mengenai cabaran semasa termasuk isu salah guna kuasa dan rasuah yang boleh menjejaskan imej institusi pertahanan tersebut. 

Dia memberi amaran bahawa tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran amanah.

Tegasnya, ketelusan dan keberanian diperlukan untuk membersihkan segala kelemahan demi memelihara maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Madani akan terus mendukung usaha Tentera Darat untuk kekal sebagai pasukan yang berwibawa, profesional dan disegani, di samping memastikan kebajikan pegawai, anggota, keluarga serta para veteran sentiasa diberi perhatian sewajarnya,” katanya lagi.



Source link