Malaysia Oversight

PM tak bubar Parlimen awal sebab tanggungjawab, bukan takut

By MkiniBM in December 19, 2025 – Reading time 2 minute
PM tak bubar Parlimen awal sebab tanggungjawab, bukan takut


Keputusan Perdana Menteri Ibrahim untuk tidak membubar Parlimen lebih awal adalah langkah bertanggungjawab bagi memastikan kestabilan ekonomi negara, menurut  Ketua Penerangan Pemuda (AMK) Danish Hairudin.

Dalam kenyataan hari ini, Danish turut menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan pemuda Bersatu (Armada) Harris Idaham Rashid bahawa Anwar takut untuk mengambil langkah itu ekoran prestasi teruk PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu, adalah dangkal.

“AMK mengecam keras kenyataan pimpinan Armada yang cuba menggambarkan sebagai ‘takut’ untuk membubarkan Parlimen. 

“Kenyataan ini bukan sahaja tidak cerdik, malah memperlihatkan kepanikan politik sebuah parti yang semakin hilang relevan dan ketandusan hala tuju.

“…cubaan mengaitkan keputusan pilihan raya negeri Sabah dengan kononnya kegagalan kepimpinan nasional adalah satu helah murahan untuk menutup kegagalan Bersatu membina keyakinan rakyat, bukan sahaja di Sabah malah di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, Harris berkata keputusan pada PRN Sabah menyebabkan tidak yakin dengan tahap sokongan sedia ada dan memerlukan masa sebanyak mungkin untuk cuba menaikkan tahap sokongan.

78ea77dde22f0c74fd2d1e5f500f6911
Harris Idaham Rashid

Dia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar ketika pertemuan bersama editor media baru-baru ini bahawa PRU16 tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kekalahan itu memberi tamparan hebat kerana sudah tiga tahun memerintah, ketokohan PM sudah boleh diuji dengan teliti oleh rakyat,” katanya.

Sementara itu, Danish berkata cubaan Armada untuk mencipta persepsi menggambarkan parti itu semakin panik kerana ditinggalkan rakyat.

“Keputusan Perdana Menteri untuk tidak membubarkan Parlimen sesuka hati adalah keputusan bertanggungjawab, demi kestabilan ekonomi dan kepentingan rakyat. 

“Hanya pemimpin yang gagal mentadbir sahaja melihat pilihan raya sebagai alat menyelamatkan diri, bukannya amanah besar kepada negara.

“AMK ingin menegaskan bahawa rakyat tidak lupa siapa yang menyebabkan ketidaktentuan politik, siapa yang mengkhianati mandat pilihan raya dan siapa yang menjadikan negara bahan eksperimen politik,” katanya lagi.



Source link