Malaysia Oversight

PM saran percepat pelaburan Khazanah bersama China

By MkiniBM in November 11, 2025 – Reading time 2 minute
PM saran percepat pelaburan Khazanah bersama China


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim menyarankan supaya pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama-sama dalam pembangunan unsur nadir bumi (REE) dipercepatkan untuk memanfaatkan potensi dalam sektor strategik itu.

yang juga Menteri Kewangan turut menyuarakan saranan itu kepada Perdana Menteri , Li Qiang.

“Dengan Perdana Menteri Li Qiang saya mengusulkan supaya pelaburan bersama Khazanah mengenai nadir bumi itu dipercepatkan,” kata beliau ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai sama ada mahu mempertimbangkan dasar yang lebih agresif bagi membolehkan semakan dilakukan terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi wilayah dalam Rancangan Malaysia Ke-13 bagi memastikan tiada jurang antara wilayah.

7e7c35bc9f7bc82251183c6dc4bf2388

Media sebelum ini melaporkan REE adalah antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dua hala antara dan Li Qiang dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Agensi berita antarabangsa Reuters sebelum ini juga melaporkan Malaysia dan China dalam perbincangan awal melibatkan sebuah projek pemprosesan REE, dan Khazanah dijangka menjalinkan kerjasama dengan sebuah firma milik China bagi membina loji penapisan di Malaysia.

Pada 6 Oktober lepas, Pengarah Urusan Khazanah Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata Khazanah, seiring kapasitinya sebagai sebuah dana kekayaan negara, sentiasa melakukan penyelidikan berkaitan potensi peluang dalam pelbagai sektor untuk memajukan agenda ekonomi negara.

“Kami menyedari mengenai perbincangan dengan kerajaan (G2G) bersama-sama China membabitkan REE dan kami sentiasa bersedia menyokong usaha kerajaan untuk meneroka dan memahami sektor baharu dan strategik, termasuk REE, bagi menjamin masa depan ekonomi Malaysia,” katanya kepada Bernama di luar Forum Megatrends Khazanah 2025.

b967da2aaf676f6860ddc2f632f854f4

Pada 27 Ogos 2025, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan kerajaan komited untuk membangunkan dan menarik pelabur berpotensi bagi mengukuhkan aktiviti pengeluaran di sepanjang rantaian bekalan REE Malaysia.

Malaysia dianggarkan mempunyai sebanyak 16.1 juta tan REE bukan radioaktif dengan nilai pasaran mencecah RM809.6 bilion.

Sementara itu, Anwar berkata rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai baru-baru ini yang turut melibatkan REE dan tidak bermakna perkara itu hanya khusus kepada AS sahaja.

“Ada orang anggap perdagangan itu menyekat REE, dan hanya untuk AS…itu tidak betul sebab dalam rundingan dua minggu lepas di Korea Selatan, kita berikan ruang kepada JS Link bagi REE tambahan “super magnet” di Pahang,” katanya.

Pada Julai tahun ini, Lynas Rare Earths Ltd memaklumkan pihaknya telah menandatangani persetujuan awal dengan JS Link untuk membangunkan kemudahan pengeluaran magnet kekal REE di Malaysia.

Mengikut memorandum persefahaman itu, Lynas akan bekerjasama dengan JS Link bagi membangunkan kemudahan untuk menghasilkan sehingga 3,000 tan jenis magnet sinter kekal neodymium-besi-boron berhampiran loji bahan termaju syarikat itu di Kuantan, Pahang.

– Bernama



Source link