Malaysia Oversight

PM rakam penghargaan terhadap pengorbanan warga TLDM

By MkiniBM in April 26, 2025 – Reading time 1 minute
PM rakam penghargaan terhadap pengorbanan warga TLDM


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas jasa dan pengorbanan tidak ternilai mereka dalam menjaga keselamatan perairan negara.

berkata selama lebih sembilan dekad, TLDM telah menunjukkan komitmen, disiplin dan profesionalisme yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia.

“Kecekalan dan semangat juang anggota TLDM menjadi benteng utama dalam memastikan negara kita aman dan sejahtera.

“Saya mendoakan agar TLDM terus maju, diperkasakan dengan teknologi dan kepakaran semasa, serta terus menjadi angkatan laut yang disegani di rantau ini,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini, sempena sambutan Hari TLDM ke-91, esok.

Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Dr Zulhelmy Ithnain sebelum ini memaklumkan sambutan Hari TLDM ke-91 di Pangkalan TLDM Lumut esok, akan diadakan secara sederhana.

Beliau berkata perkara itu bagi menghormati tragedi tahun lepas melibatkan dua helikopter milik TLDM bertembung ketika raptai persembahan mengakibatkan 10 warganya .

Tema sambutan Hari TLDM ke-91 tahun ini sama seperti tahun lepas iaitu “TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara”.

– Bernama



Source link