Malaysia Oversight

PM mahu kes anak Rafizi disiasat dengan telus

By MkiniBM in August 13, 2025 – Reading time 1 minute
PM mahu kes anak Rafizi disiasat dengan telus


Perdana Menteri Ibrahim hari ini mahu supaya siasatan telus dijalankan terhadap kes membabitkan anak bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

berkata perkara itu telah dimaklumkan beliau kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

“Kita masih belum reda dari gejala buli di sekolah, muncul pula satu lagi tindakan yang sangat dikesalkan.

“Mutakhir ini adalah percubaan jahat dan khianat terhadap anakanda saudara Rafizi Ramli,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

yang juga Menteri Kewangan turut mendoakan kesejahteraan buat Rafizi serta keluarga.

Saifuddin dalam kenyataan hari ini memberi jaminan semua siasatan berhubung insiden terhadap anak Rafizi dijalankan secara adil dan berlandaskan undang-undang, tanpa dipengaruhi status atau latar belakang mana-mana pihak.

Saifuddin berkata Kementerian Dalam Negeri memandang serius kejadian itu dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Terdahulu, Ketua Polis Shazeli Kahar mengesahkan anak bekas timbalan presiden itu diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di yang dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurun penumpang.

Rafizi yang mengesahkan kejadian itu berkata anaknya telah diheret oleh seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum suntikan.

Dia juga mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal.

Ekoran itu, anaknya telah dibawa ke sebuah hospital untuk rawatan.

Bernama



Source link