Malaysia Oversight

PM ingatkan jangan terlalu selesa, terus kerja untuk rakyat

By Utusan in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
PM ingatkan jangan terlalu selesa, terus kerja untuk rakyat


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim menegaskan, kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning baru-baru ini bukan tiket untuk berasa selesa, sebaliknya perlu menjadi motivasi untuk terus bekerja demi rakyat.

Jurucakap Perpaduan, Datuk Fadzil berkata, perkara itu ditegaskan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini yang mahu supaya jentera terus bekerja lebih keras untuk menyelesaikan isu rakyat.

“Perdana Menteri minta supaya tidak terlalu yakin dan jangan berasa lega dengan keputusan ini, tapi harus lebih keras bekerja untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Katanya, Perdana Menteri turut merakamkan tahniah kepada Barisan Nasional () di atas kemenangan di Ayer Kuning itu.

berkata, kemenangan ini adalah satu petanda yang positif terutama dalam kalangan pengundi muda walaupun jumlah yang keluar mengundi rendah.

Fahmi berkata, perubahan dan sokongan dalam kalangan pengundi Melayu juga menunjukkan perubahan yang positif.

“Daripada 20 pusat daerah mengundi (PDM), 19 PDM telah dimenangi oleh manakala satu sahaja yang dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN) dan itu pun dengan jumlah majoriti yang berkurangan,” katanya.

Sabtu lalu, calon Dr Mohamad Yusri Bakir menang besar pada PRK DUN Ayer Kuning, Perak dengan majoriti 5,006 undi.

Beliau yang juga Setiausaha Bahagian Tapah, meraih 11,065 undi, mengatasi calon Perikatan Nasional (PN) Abdul Muhaimin Malek yang memperolehi 6,059 undi, manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS mendapat 1,106 undi. – UTUSAN





Source link