Malaysia Oversight

PM bincang usaha perkukuh ekosistem bola sepak dengan presiden Fifa

By MkiniBM in October 25, 2025 – Reading time 1 minute
PM bincang usaha perkukuh ekosistem bola sepak dengan presiden Fifa


Dalam kesibukan jadual menerima kunjungan pemimpin antarabangsa di , Perdana Menteri Ibrahim hari ini meluangkan masa bertemu Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino.

Menurut menerusi hantaran di Facebook, pertemuan itu antara lain menumpukan kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau Asean.

“Antara yang dibincangkan termasuk pelaksanaan projek Arena Fifa yang dijangka menjadi pemangkin kepada kelahiran lebih ramai bakat tempatan serta peningkatan prasarana bola sepak negara.

1ce8507b9375cd4abc022501bb616d81

“Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak Asean-Fifa yang merupakan langkah strategik ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global,” katanya menerusi hantaran itu.

berkata Malaysia akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan bola sepak negara melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama Fifa.

Katanya, langkah itu penting bagi melahirkan generasi baru pemain berbakat, memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama negara sebagai hab pembangunan bola sepak serantau. 

-Bernama



Source link