Malaysia Oversight

PM arah MCMC siasat selepas penafian Muhyiddin

By MkiniBM in August 6, 2025 – Reading time 2 minute
PM arah MCMC siasat selepas penafian Muhyiddin


Perdana Menteri Ibrahim telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat sama ada bekas perdana menteri Yassin telah membuat sebarang kenyataan mempertahankan hak warga asing untuk mendapat bahan api bersubsidi.

Ini susulan pengerusi Perikatan Nasional itu menafikan bahawa dia membuat kenyataan sedemikian dan mencabar Anwar untuk mengemukakan bukti bahawa dia membela warga asing mengenai isu itu.

d924190d055f2b052d0ba70c40579c37
Yassin

“Pejabat Perdana Menteri mengambil maklum kenyataan penafian oleh Ahli Parlimen Pagoh terkait dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

“Sebagai yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab, Perdana Menteri telah mengarahkan MCMC untuk menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan sewajarnya,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh PMO, hari ini.

Semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam, mendakwa mempersoalkan keputusan untuk tidak memberikan subsidi petrol kepada warga asing.

membuat kenyataan itu sebagai menjawab celahan ahli parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid, yang meminta perdana menteri menamakan pemimpin pembangkang yang menyokong membenarkan warga asing menikmati subsidi petrol.

“Itu kenyataan pemimpin kamu sendiri – Pagoh (Ahli Parlimen Muhyiddin). Lain kali baca betul-betul. Suruh dia datang ke Parlimen, jangan tembak membuta tuli.

“Saya sudah jawab ini. Baca kenyataan Pagoh mengapa kita membebankan warga asing, kerana warga asing juga menyumbang kepada negara,” kata Anwar.

Menjawab dakwaan itu, Muhyiddin mengeluarkan penafian dan menyifatkan dakwaan Anwar bahawa dia membuat kenyataan sedemikian sebagai pembohongan dan fitnah.

“Saya sebenarnya tak pernah cakap begitu, saya mempertikaikan dengan sekeras-kerasnya. Kenyataan itu adalah kenyataan yang berfitnah atau pembohongan.”

Dia seterusnya mencabar Anwar untuk menunjukkan di mana dirinya konon membuat kenyataan membela warga asing dalam isu itu.

Presiden Bersatu itu mengulangi bahawa dia tidak pernah membuat kenyataan sedemikian dan menuduh Anwar gagal menyemak dakwaan itu dengan betul.

Malah, menurut Muhyiddin, kenyataan yang dibuat oleh Anwar dalam Parlimen itu bercanggah dengan prinsip dan dasar subsidi negara yang selama ini hanya ditujukan kepada rakyat tempatan, bukan warga asing.

7e48fc35e9d6dda5e4aed118b17fd89b

Isu itu menjadi semakin hangat dengan ahli parlimen veteran Hassan Karim berkata perdana menteri perlu memohon maaf atas kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah apabila menuduh Muhyiddin mempertahankan pemberian subsidi bahan api kepada warga asing.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu menegaskan bahawa kini terserah kepada Anwar untuk tindakan seterusnya selepas Muhyiddin mengeluarkan penafian menafikan dakwaan yang dibuat perdana menteri di Parlimen sebelum ini.

“Sekiranya (Anwar) gagal membuktikan bahawa (Muhyiddin) ada mengatakan perkara itu, saya percaya pilihan yang betul ialah perdana menteri memohon maaf secara ikhlas kepada Muhyiddin.

“Kedua-duanya beragama jadi adalah lebih baik untuk mengukuhkan silaturahim,” kata Hassan.



Source link