Malaysia Oversight

PM Anwar mahu projek pembinaan perumahan tentera di Sandakan dipercepat

By TheSun in September 27, 2025 – Reading time 1 minute
PM Anwar mahu projek pembinaan perumahan tentera di Sandakan dipercepat


SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim mahu projek pembinaan perumahan Angkatan Tentera dengan peruntukan RM190 juta di Batu 10 di sini, disegerakan.

Beliau berkata isu berkaitan masalah tanah bagi projek berkenaan akan cuba diselesaikan dengan kerjasama negeri yang berkuasa dalam hal ehwal pentadbiran tanah.

“Saya minta laporan kemajuannya (projek) dalam tempoh dua minggu, mungkin dalam mesyuarat (Kabinet) akan datang dan Panglima Angkatan Tentera memberi laporan, saya nak tahu supaya dipercepat,” kata beliau.

berkata demikian pada majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Dewan Azim, Taman Samudera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan Timbalan Panglima TLDM Laksamana Madya Datuk Shamsuddin Ludin – Bernama



Source link