Malaysia Oversight

PM Anwar ingatkan Ahli Parlimen kerajaan bahas dengan konstruktif

By TheSun in January 18, 2026 – Reading time 1 minute
PM Anwar ingatkan Ahli Parlimen kerajaan bahas dengan konstruktif


Perdana Menteri Ibrahim ingatkan Ahli Parlimen Perpaduan tanggungjawab untuk berbahas dengan baik dalam sidang Parlimen bermula esok.

: Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen Perpaduan mengenai tanggungjawab mereka untuk berbahas secara konstruktif dalam sidang Parlimen.

Jurucakap MADANI Datuk Fadzil berkata pesanan itu disampaikan semasa sesi taklimat prapersidangan di Kompleks Seri Perdana.

“Secara umum, beliau mengingatkan kita sebagai Ahli Parlimen, kita ada tanggungjawab bukan hanya untuk hadir, tetapi untuk berbahas dengan baik dalam sidang,” kata .

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata taklimat selama dua jam itu turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim.

turut mengesahkan empat rang undang-undang menjadi keutamaan untuk dibentangkan pada sesi ini.

RUU tersebut berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri, pemisahan kuasa Pendakwa Raya dengan Peguam Negara, Ombudsman 2025 dan Akta Kebebasan Maklumat.

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bermula esok dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Berdasarkan takwim Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari.

Ia termasuk perbahasan usul selama tujuh hari bermula 20 Januari.

Sidang kemudian diteruskan dengan sesi jawapan menteri dari 4 hingga 10 Februari.

Pembentangan RUU dan urusan kerajaan lain dijadualkan bermula 11 Februari hingga 3 Mac.



Source link